PELANCARAN EKSA PERINGKAT ILP SELANDAR

Dewan Besar ILP Selandar -  29 Januari 2018  – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) terus komited dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan ILPS. Sejajar dengan itu, satu Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) peringkat ILP Selandar telah diadakan semasa perhimpunan pagi di Dewan Besar. Pengarah ILPS, Tuan Hj. Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said telah sudi memotong reben sebagai gimik pelancaran EKSA yang disaksikan

Selanjutnya... »
KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN PENGAJAR – ADOBE PHOTOSHOP CS6

Makmal Komputer, Pusat Sumber ILPS -  24 Januari 2018  – Jabatan Komunikasi Korporat & Multimedia (JKKM), Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Adobe Photoshop CS6 bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengajar ILPS dalam bidang rekabentuk grafik. Kursus yang diadakan pada 24 & 25 Januari 2018 ini telah dihadiri 18 orang pengajar ILPS bertempat di Makmal Komputer, Pusat Sumber. Kursus ini dikendalikan sendiri oleh Ketua Jabat

Selanjutnya... »
AHLI MPP TERIMA WATIKAH PERLANTIKAN

Dewan Besar ILP Selandar -  15 Januari 2018 – Seramai 10 orang pelajar telah menerima Watikah Perlantikan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada Tuan Haji Ab. Rahman Bin Hj Mohd Said selaku Pengarah ILP Selandar. Majlis penyerahan diadakan semasa Perhimpuan Pagi di Dewan Kuliah ILP Selandar disaksikan semua pensyarah dan para pelajar. Keanggotaan barisan MPP sesi 1/2018 ini merupakan kesinambungan dari Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar yang telah diadakan pada 8 November 2017 bagi mem

Selanjutnya... »
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SESI 1/2018

Dewan Besar ILP Selandar -  11 Januari 2018 – Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka bagi sesi kemasukan Januari 2018. Bagi sesi kali ini, ILPS telah menawarkan 50 tempat kepada pelajar baru sepenuh masa dalam bidang Teknologi Komputer Sistem dan Teknologi CADD Mekanikal. Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi diikuti dengan taklimat ibu bapa serta pendaftaran kemasukan ke asrama. Pelajar set

Selanjutnya... »
ILP SELANDAR JAYAKAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1MALAYSIA

  Kafetaria ILP Selandar - 29 November 2017    – Selaras dengan pengisytiharan bulan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) oleh Y.A.B Perdana Menteri, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan dengan mengadakan Program Ukhwah Kakitangan Peringkat ILPS. Program santai yang diadakan ini merupakan acara gotong-royong bagi menyiapkan menu makan tengahari ala BBQ. Antara menu yang disediakan seperti kambing golek, ayam, udang

Selanjutnya... »
LAWATAN VERIFIKASI NAZIRAN BAGI PROGRAM KV KOHORT 1/2014

  ILP Selandar – 16 November 2017     – Pegawai Naziran dari Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah mengadakan lawatan verifikasi bagi mengesahkan pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS). Terdapat 3 Program Kolej Vokasional kohort 1/2014 yang terlibat dalam proses verifikasi kali ini iaitu Teknologi CADD Mekanikal (Minyak & Gas), Teknologi Reka Bentuk Produk Industri dan Teknologi Perisian (Pengaturcaraan). Sesi lawatan yang be

Selanjutnya... »
PROGRAM KECEMERLANGAN & ANUGERAH PELAJAR SESI 2/2017

  Dewan Kuliah Utama - 10 November 2017   – Satu Program Kecemerlangan & Anugerah Pelajar Sesi 2/2017 telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 10 November 2017. Program dianjurkan Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertempat di Dewan Kuliah Utama, ILP Selandar. Program ini khusus bagi meraikan pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum serta penghargaan kepada peserta yang mewakili ILP Selandar ke Pe

Selanjutnya... »
PELAJAR KV JASIN JALANI KURSUS CUSTOMIZED - WEB PROGRAMMING DATABASE

  Makmal Komputer, Jab. Tek. Perisian – 07 November 2017    – Seramai 21 pelajar Kolej Vokasional (KV) Jasin bersama 2 guru pengiring telah menjalani Kursus Web Programming Database di Jabatan Teknologi Perisian, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS).  Kursus ini merupakan modul khas yang ditawarkan ILP Selandar di bawah program Kursus Jangka Pendek (Customized). Modul dalam kursus ini direka khas bagi memenuhi keperluan kurikulum dan silibus yang ditetapkan pihak KV Jasin, antaranya

Selanjutnya... »
PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR – SESI 1/2018

  Pusat Sumber ILPS – 08 November 2017   – Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL)  dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah mengadakan satu pilihanraya bagi memilih calon MPP menjelang sesi 1/2018. Proses pengundian telah diadakan di perkarangan Lobi Pusat Sumber, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) bermula jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 11:30 pagi. Pilihanraya ini memberi peluang kepada pelajar untuk memilih calon pemimpin mereka sendiri melalui salu

Selanjutnya... »
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA CATHOLIC HIGH SCHOOL, MELAKA

  ILP Selandar – 07 November 2017   – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menerima kunjungan 76 orang pelajar dan 3 guru pengiring dari Catholic High School, Melaka. Ini merupakan siri ‘Lawatan Sambil Belajar’ mereka bagi memberi pendedahan awal mengenai Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional atau lebih dikenali sebagai TVET Malaysia. Rombongan disambut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL), Puan Kausar Bt Mohd Hanafi yang seterusnya mengiri

Selanjutnya... »
PROGRAM JATIDIRI & KURSUS TEAMBUILDING PELAJAR BARU DI BANDAR HILIR, MELAKA

  Bandar Hilir, Melaka -  04 November 2017   – Dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) secara proaktif telah merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti khusus bagi para pelajar ILPS. Melalui Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL), satu Program Jatidiri & Kursus Teambuilding Pelajar Baru telah diadakan di Bandar Hilir, Melaka. Pelbagai aktiviti  telah diadakan seperti Ice Breaking, Treasure Hunt dan M

Selanjutnya... »
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA KE KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR, GAMBANG

  Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang – 30 Oktober 2017  – Dalam usaha menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi serta menggalakkan pembudayaan amalan hijau, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) terus komited ke arah Persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Terbaru, satu lawatan penanda aras EKSA telah diadakan ke Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) yang terletak di Gambang, Pahang. Rombongan terdiri dari 16 orang pegawai dan kakitangan ILPS diketuai oleh Pn. Huzaifah Bt Hasa

Selanjutnya... »
PERARAKAN SEMPENA HARI AIDS PERINGKAT NEGERI MELAKA

  UTeM -  28 Oktober 2017  – Seramai 20 orang pelajar dan seorang pensyarah pengiring  dari Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menyertai acara perarakan mesej HIV/AIDS di Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Sabtu bersamaan 28 Oktober 2017. Program anjuran Unit Kawalan Penyakit Berjangkit HIV/STI, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bertujuan memupuk kesedaran tentang penyakit HIV/AIDS dikalangan generasi muda.  Program bermula seawal 7:45 pagi telah disertai p

Selanjutnya... »
MAJLIS GRADUASI KV – ILP SELANDAR KALI KE-2

  Dewan Kuliah Utama, ILP Selandar – 26 Oktober 2017 – Majlis Graduasi Kolej Vokasional ILP Selandar telah diadakan pada 26 Oktober 2017 bertempat di Dewan Kuliah Utama ILP Selandar, Melaka. Majlis ini meraikan 59 orang graduan yang telah berjaya memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) melibatkan dua bidang kursus iaitu Teknologi Komputer Perisian Pengaturcaraan (KPP) dan Teknologi Mekanikal Rekabentuk Produk Industri (MRP). Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Norman Bin Kusin, Tim

Selanjutnya... »
Penutup Sukan Dalaman - Piala Pengarah ILP Selandar Sesi 2/2017

  Dewan Besar ILPS – 23 Oktober 2017    – Majlis Perasmian Penutup Sukan Dalaman Institut Perindustrian Selandar (ILPS) telah berlansung pada hari Isnin bersamaan 23 Oktober 2017 bertempat di Dewan Besar ILPS. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said selaku Pengarah ILP Selandar. Beliau juga telah berbesar hati menyampaikan pingat dan piala kepada semua pemenang dari 10 acara yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki, Ta

Selanjutnya... »
SANTAI ILMU BERSAMA BELIA 4B MELAKA

  Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka – 23 Oktober 2017 – Seramai 40 pelajar Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) bersama 2 pensyarah pengiring telah menghadiri program ‘Santai Ilmu Belia 4B Bersama Idris Haron & Penceramah Jemputan Syamsul Debat’ anjuran pertubuhan Belia 4B dan Kerajaan Negeri Melaka. Program ini diadakan di Dataran Seri Bendahara, Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka dan menyasarkan golongan belia sekitar Negeri Melaka terutamanya para pelajar IPTA/IPTS. P

Selanjutnya... »
Pelajar KV-ILPS sertai Kursus Pembangunan Modal Insan di Kem Lambaian Danau, Jasin

  Jasin -  07 Oktober 2017    – Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL), Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menganjurkan satu Kem Motivasi khusus untuk 89 orang pelajar semester 6 dan semester 8 dari Program Kolej Vokasional-ILPS. Para pelajar telah dibawa ke Kem Lambaian Danau, Jasin seawal jam 8 pagi dan aktiviti berakhir pada pukul 5 petang. Mereka diiringi Pegawai Pengiring, En. Suhaimi Bin Kasran, Pn. Azleen Bt Mat Lazih dan En. Amar Shah Bin Omar. Turut hadir

Selanjutnya... »
PM LANCAR TVET MALAYSIA DI ADTEC SHAH ALAM

  ADTEC Shah Alam, Selangor – 27 September 2017   – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan penjenamaan semula Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam.  Bersempena dengan pelancaran itu, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS), Tuan Haji Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, Puan Huzaifah Binti Hasan serta beberapa pegawai lain telah hadir ke

Selanjutnya... »
GOTONG-ROYONG PERDANA ILP SELANDAR

  Zon EKSA, ILP Selandar – 26 September 2017  – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah melancarkan Gotong-Royong Perdana atau lebih dikenali sebagai Big Cleaning Day pada hari Selasa bersamaan 26 September 2017.  Aktiviti ini disertai oleh semua warga ILPS terdiri dari pegawai, kakitangan, pensyarah dan para pelajar meliputi 7 Zon Eksa iaitu Zon Ibnu Rusyd (Pentadbiran), Zon Ibnu Khaldun (P.Sumber), Zon Ibnu Sina (Bengkel A), Zon Al Razhi (Bengkel B), Zon Al Khawarizmi (Bengkel

Selanjutnya... »
CESS ANJUR SEMINAR KERJAYA SESI 2/2017

  Pusat Sumber, ILP Selandar – 12 September 2017  – Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) ILP Selandar telah menganjurkan Seminar Kerjaya pada hari Selasa bersamaan 12 September 2017. Seminar ini merupakan acara dwi-tahunan yang melibatkan pelajar-pelajar semester akhir di Institut Latihan Perindustrian Selandar iaitu Semester 3 (Sijil Kemahiran Malaysia) dan Semester 8 (Diploma Vokasional Malaysia). Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Program Transformasi Diri 2017 yang d

Selanjutnya... »
JAB. TEK. KOMPUTER SISTEM ANJUR HARI USAHAWAN

  Ruang Legar, JTKS -  07 September 2017  – Pelajar-pelajar Semester 3 dari Kursus Sistem Komputer  telah mengadakan ‘Hari Usahawan’ di Ruang Legar, Jabatan Teknologi Komputer Sistem (JTKS). Ianya telah dirasmikan oleh Puan Rohani Binti Yusof selaku Ketua Jabatan Teknologi Komputer Sistem sekitar jam 9:00 pagi. Program ini merupakan salah satu tugasan dalam modul Organization Management yang memerlukan para pelajar mengurus-selia sesuatu aktiviti atau program. Ini akan memberi pengalaman kepa

Selanjutnya... »
PELAJAR KV MELAKA TENGAH SERTAI KURSUS AUTODESK INVENTOR & PRODUCT DESIGN (ANALYSIS)

  Makmal Komputer 1, Jabatan Teknologi Mekanikal – 9 Ogos 2017  – Kursus Modular anjuran Jabatan Teknologi Mekanikal, Institut Latihan Perindustrian Selandar sentiasa mendapat sambutan terutama dari kalangan pelajar aliran kemahiran. Terkini, seramai 25 orang pelajar dari Kolej Vokasional Melaka Tengah telah hadir bagi menyertai Kursus Autodesk Inventor & Product Design (Analysis) yang dijalankan di Makmal Komputer 1 (IPD). Kursus ini telah dirangka khas mengikut permintaan pihak KV Mela

Selanjutnya... »
PELAJAR KV TENGKU AMPUAN AFZAN HADIRI KURSUS MODULAR ANJURAN JTKS

  Makmal Komputer, JTKS -  19 Ogos 2017  – Seramai 28 orang pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang telah menyertai Kursus Server Hardware And Installation anjuran Jabatan Teknologi Komputer Sistem (JTKS), Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka. Kursus ini dijalankan pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017 bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kandungan kursus terdiri daripada pengenalan server, perkakasan dan komponen server, instalasi server dan banyak lagi.

Selanjutnya... »
MAJLIS MAKAN MALAM KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ILPS

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ILPS Hatten Hotel, Melaka 4 Mac 2017  – ‘Simply Glams’, itulah tema Majlis Makan Malam Kelab Sukan & Kebajikan Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) bertempat di Ballroom 2, Tingkat 11, Hotel Hatten Melaka. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah ILPS, En Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said dan keluarga serta lebih dari 200 jemputan lain terdiri dari staf ILPS dan ahli keluarga masing-masing. Bermula jam 8 malam, majlis yang diacaraka

Selanjutnya... »

>>  SILA KE ARKIB UNTUK MELIHAT BERITA TERDAHULU... KLIK DISINI

  • Jumlah Pelawat Portal ILP Selandar
  • 2.png0.png3.png5.png0.png0.png
  • Hari ini : 74
  • Semalam : 887
  • Minggu ini : 6861
  • Bulan ini : 18359