1.jpeg
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
SELANDAR, MELAKA
Bina masa depan ANDA bersama kami

Salah satu Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM)
Jabatan Tenaga Manusia
(Kementerian Sumber Manusia)

2.jpeg
LATIHAN KEMAHIRAN DIIKTIRAF
Latihan Kemahiran & Fasiliti Lengkap

Semua program latihan kemahiran di ILP Selandar diiktiraf dan diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

3.jpeg
PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI
Aktiviti Riadah & Kemasyarakatan

Penglibatan pelajar dalam aktiviti riadah & kemasyarakatan berupaya membentuk personaliti, meningkatkan keupayaan kognitif dan kecemerlangan akademik.

big_baner_ciscoACADEMY.jpeg
AUTHORIZED
CISCO ACADEMY

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN SELANDAR (ID:20046177)

PROGRAMME OFFERED
IT ESSENTIALS

PC HARDWARE
AND SOFTWARE

PROGRAMMING

CPA - PROGRAMMING
ESSENTIALS IN C++

PROGRAMMING

CCNA - CISCO CERTIFIED NETWORK ASSOCIATE

previous arrow
next arrow

Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) kini membuka permohonan bagi pelajar baru sesi 2/2023. Pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan melalui e-Permohonan atas talian.

PORTAL RASMI ILP SELANDAR

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Ianya ditubuhkan pada 14 Mei 2004 di atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran dalam 2 bidang kemahiran iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal.

KURSUS SEPENUH MASA DI ILP SELANDAR

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar menawarkan kursus sepenuh masa untuk program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web), Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Minyak Dan Gas (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

KURSUS JANGKA PENDEK DI ILP SELANDAR

Selain daripada menawarkan program latihan secara sepenuh masa, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek dijalankan pada hujung minggu atau hari bekerja mengikut permintaan peserta. Kursus Jangka Pendek ini terbuka kakitangan awam, sektor swasta, individu dan juga pelajar-pelajar IPT , kolej vokasional dan sekolah.

Designed & Maintained by ILPS Web Team ● Hakcipta Terpelihara © ILP SELANDAR 2022

© 2009-2023 by GPIUTMD