KENALI ILP SELANDAR
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM).
ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 76 orang staf.
ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.
Sejurus dengan itu, ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran di dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web), CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).
Jom sertai kami, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) kini membuka permohonan bagi pelajar baru. Pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan melalui e-Permohonan atas talian dengan klik pada pautan di bawah;
Lot 1468, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Telefon : 06 - 530 3000
Faksimili : 06 - 530 3001
Soalan lazim
1) Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
2) Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)
3) Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)
4) Sijil CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan)
5) Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri
- Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)
- Warganegara Malaysia
- Umur 17 tahun ke atas
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online). Klik sini untuk maklumat lanjut
KECUALI Kursus Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) yang memakan masa 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.