06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

FASILITI ILP SELANDAR


ILP Selandar dengan hormatnya menawarkan khidmat sewaan kemudahan/fasiliti yang terdapat di pusat kami. Antara kemudahan yang boleh disewa termasuklah Dewan Kuliah Utama, Dewan Besar, Bilik Asrama dan kemudahan lain yang berkaitan, tertakluk kepada kelulusan pihak institut.

Kami memahami bahawa keperluan untuk mendapatkan kemudahan yang sesuai adalah penting bagi setiap acara atau program. Oleh itu, ILP Selandar berkomitmen untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan sesuai dengan keperluan anda.

 

 

Bagi sebarang pertanyaan mengenai proses penyewaan, peraturan atau sebarang butiran tambahan, sila hubungi pihak pentadbiran kami untuk maklumat lanjut. Kami berharap dapat memenuhi keperluan anda dan menjadikan acara anda di ILP Selandar sebagai satu pengalaman yang memuaskan. Terima kasih.

Untuk permohonan atau pertanyaan mengenai sewaan boleh hubungi;

 Telefon : 06 - 530 3000

 Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.