31 Ogos 2024 – Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka telah menghantar satu kontinjen seramai 50 orang bagi menyertai perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Walaupun dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat yang melanda negeri Melaka awal pagi tadi, semua peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan meneruskan perbarisan sejauh 4.8 kilometer yang bermula dari Padang Dataran Pahlawan dan berakhir di Stadium Hang Tuah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta kontinjen yang terlibat.