09 Ogos 2024 – Kunjungan Hormat oleh Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam bin Hashim ke Dewan Jubli Perak (SUK Shah Alam) pada 8 Ogos 2024 telah menjadi titik permulaan bagi kerjasama yang berpotensi antara ILP Selandar dan Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS). Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah pegawai-pegawai ILP Selandar untuk perbincangan bersama PU Hafiz, Pengerusi PITAS telah membuka ruang untuk pelaksanaan Program TVET Tahfiz ILP Selandar.
Kerjasama ini dijangka dapat memberi peluang kepada para pelajar Tahfiz untuk mendalami ilmu kemahiran sambil mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Diharapkan, program ini akan memberi impak positif kepada perkembangan pendidikan kemahiran di negara ini serta menjadi model untuk kerjasama serupa di seluruh negara. Dengan adanya kerjasama ini, diharapkan dapat melahirkan graduan yang berkemahiran dan berkebolehan dalam bidang agama, seterusnya memberi sumbangan kepada pembangunan negara.