30 Ogos 2024 – Hari ini merupakan hari penuh bersejarah buat ILP Selandar apabila menerima lawatan kerja rasmi Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Yang Berbahagia Datuk Rospiagos Bin Taha. Turut mengiringi, Ts. Hajah Junnaina Binti Usin Chua daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Tenaga Manusia.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan hala tuju perancangan kemahiran TVET di ILP Selandar disamping beramah mesra dengan seluruh warga kerja ILP Selandar dan pelajar-pelajar di sini.
YBhg. Datuk Rospiagos turut berkesempatan menyantuni dan mencuba hasil-hasil inovasi yang dipamerkan oleh para pengajar dan pelajar-pelajar ILP Selandar yang terlibat. Disamping itu, YBhg. Datuk juga menekankan konsep ASKAR (Attitude, Skills, Knowledge, Agile & Resilience) dalam menjadi peneraju pembangun yang madani kepada semua para pelajar ketika sesi ucapan beliau di Auditorium Iltizam, ILP Selandar.
YBhg Datuk juga berbesar hati menyampaikan hasil agihan manfaat fidyah Majlis Agama Islam Melaka bagi pelajar-pelajar dari kategori keluarga B40.
Semoga kedatangan YBhg Datuk memberi impak yang positif dalam memacu kejayaan ILP Selandar di masa hadapan.