15 Ogos 2024 – Pada 31 Julai 2024 yang lepas, seramai 80 pelajar SMK Telok Mas diiringi oleh 6 orang guru telah berkunjung ke ILP Selandar bagi mengadakan lawatan kerjaya untuk melihat dan mengenali latihan kemahiran TVET yang terdapat di Institut.
Pelajar-pelajar telah diberi taklimat kerjaya terlebih dahulu oleh pegawai CESS dan seterusnya mereka telah dibawa melawat ke bahagian latihan untuk diberi pendedahan tentang latihan asas TVET yang terdapat di ILP Selandar yang dilaksanakan oleh pengajar-pengajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Mekanikal & Pengeluaran.