23 Ogos 2024 – Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 daripada SMJK Pulau Sebang, Melaka diiringi oleh 3 orang guru kaunselor telah berkunjung ke ILP Selandar bagi mengadakan lawatan kerjaya untuk melihat dan mengenali latihan kemahiran TVET yang terdapat di Institut pada 22 Ogos 2024 baru-baru ini.
Pelajar-pelajar telah diberi taklimat kerjaya terlebih dahulu oleh pegawai CESS dan seterusnya mereka telah dibawa melawat ke bahagian latihan untuk melihat program TVET yang terdapat di ILP Selandar.
Pelajar-pelajar juga di berikan perkongsian tentang kursus-kursus yang terdapat di ILJTM seluruh Malaysia.