31 Ogos 2024 – Pada 27 Ogos 2024 yang lepas, seramai 70 orang pelajar Tingkatan 5 daripada SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kob, Merlimau, Melaka diiringi oleh 7 orang guru sekolah telah berkunjung ke ILP Selandar bagi mengadakan lawatan kerjaya untuk melihat dan mengenali latihan kemahiran TVET yang terdapat di Institut.
Pelajar-pelajar telah diberi taklimat kerjaya terlebih dahulu oleh pegawai CESS, En Mohd Faizal bin Md Rosli dan seterusnya mereka telah dibawa ke bengkel latihan untuk menjalani latihan asas TVET. Pelajar-pelajar telah mengikuti latihan asas AutoCad 2D, Surface Finishing Produk, Computer Assembly dan UTP Cable Termination yang dibimbing oleh pengajar-pengajar dari bahagian latihan.
Pelajar-pelajar juga di berikan perkongsian tentang kursus-kursus yang terdapat di ILJTM seluruh Malaysia.