06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ DI JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN (JHEAINS)

30 Julai 2024 – Baru-baru ini, Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim telah membuat kunjungan hormat ke Bahagian pendidikan JHEAINS bersama Timbalan Pengarah Latihan dan Pengajar Tahfiz pada tarikh 16 Julai 2024.
 
Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan Program TVET Tahfiz ILP Selandar kepada JHEAINS disamping mendapatkan nasihat dan pandangan dari JHEAINS dalam pelaksanaan program TVET Tahfiz selain daripada salah satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dalam penawaran latihan dan kemahiran Program TVET Tahfiz kepada pelajar tahfiz seluruh Negeri Sembilan khususnya.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak JHEAINS kerana sudi menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.