03 Oktober 2024 – Pasukan promosi Program TVET Tahfiz ILP Selandar yang diketuai oleh Pengarah ILP Selandar, Tuan Ts. Rostam Bin Hashim, telah membuat satu kunjungan hormat ke JAIS bersama Pegawai CESS dan Pengajar Tahfiz pada tarikh 11 September 2024 yang lalu.
Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan Program TVET Tahfiz ILP Selandar kepada JAIS disamping mendapatkan nasihat dan pandangan dari JAIS dalam pelaksanaan program TVET Tahfiz selain daripada salah satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dalam penawaran latihan dan kemahiran Program TVET Tahfiz kepada pelajar tahfiz seluruh negeri Selangor khususnya.
Terima kasih kepada JAIS kerana sudi menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.