18 Oktober 2024 – Bertarikh pada 17 Oktober 2024, satu lawatan diketuai oleh Dr. Muhammad Faizal Bin Tahiruddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan TVET Tahfiz, yang bertujuan memfokuskan kepada menyelaras isu, cabaran dan memperkukuh serta memperkasakan latihan TVET. Latihan ini melibatkan modul tahfiz serta halatuju dan laluan kerjaya pelajar-pelajar tahfiz dalam bidang kursus yang ditawarkan di ILP Selandar bermula pada tahun ini.
Delegasi lawatan ini turut dibawa ke bengkel latihan bagi mengenali lebih lanjut mengenai perjalanan latihan TVET yang disediakan di ILP Selandar. Di antaranya adalah Galeri Pameran Produk keluaran bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri serta bengkel latihan pemasangan dan instalasi komputer di bengkel komputer sistem.
Delegasi turut berkesempatan beramah mesra dan berkongsi pengalaman bersama kumpulan pelajar tahfiz yang sedang mengikuti latihan pembelajaran di ILP Selandar.
Semoga dengan kunjungan ini mengukuhkan lagi pelaksanaan ILP Ulul Albab yang jitu serta melahirkan generasi Huffaz Teknokrat yang madani.