06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN ILP SELANDAR

26 Julai 2024 – Jutaan terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan buat dua orang insan hebat yang pernah menyemai bakti di ILP Selandar iaitu, Hajah Rohani binti Yusof (Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian) dan Puan Ainon binti Abdullah (Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset) yang mengakhiri perkhidmatan mereka di ILP Selandar.
 
Mereka akan menyambung perkhidmatan di :
1) Hajah Rohani Binti Yusof- ADTEC Melaka
2) Puan Ainon binti Abdullah – ILP Kuala Langat,Selangor.
 
Semoga perpisahan ini menjadi perpisahan yang diredhai, diberkati serta menjadi permulaan kepada pengalaman baharu yang lebih cemerlang dalam perkhidmatan.