06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

OUTREACH TVET NEGERI MELAKA @ ILP SELANDAR 2024 DENGAN KERJASAMA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN WILAYAH SELATAN

5 Jun 2024 – Baru-baru ini telah berlangsung program Outreach Tvet Negeri Melaka bertempat di ILP Selandar, Melaka dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan.
 
Acara ini telah diisi dengan pelbagai program menarik seperti pameran dan demonstrasi kemahiran teknologi, termasuklah pembelajaran asas servis motorsikal dan solekan serta dandanan. Selain itu, terdapat juga taklimat mengenai pemprograman mikro, pemasangan rangkaian komputer, serta imej generatif kecerdasan buatan (AI) dan pelbagai lagi pameran kemahiran yang lain.
 
Acara ini telah berjaya menarik minat ramai peserta termasuklah para guru dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Ini juga merupakan satu platform yang baik untuk memperkukuhkan kemahiran teknologi dalam kalangan belia di negeri Melaka.