16 September 2024 – ILP Selandar bersama BPL JTM telah bertugas sebagai pempamer di Program Himpunan 24K Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 September 2024 baru-baru ini, bagi mempromosikan program TVET Tahfiz kepada peserta-peserta yang hadir.
Majlis Himpunan 24K Huffaz turut dihadiri Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menghimpunkan lebih 24,000 huffaz dari seluruh negara antaranya pelajar dan guru tahfiz serta alim ulama dari 1,500 Madrasah Tahfiz Al-Quran yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).