21 Ogos 2024 – Pada hari sabtu yang lepas (17 Ogos 2024) telah berlangsung Program Karnival Amal Islami Peringkat SRITM dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah Islam dan tahfiz negeri melaka seramai 450 orang dengan guru pengiring seramai 90 orang.
Antara kategori yang telah dipertandingkan ialah :
1. Pertandingan Bercerita
2. Bicara Berirama
3. Nasyid
4. Laungan Azan
5. Tilawah Al-Quran
6. Syarahan Bahasa Arab
7. Hafazan
8. Pengucapan Awam
Karninal ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang dan ruang penglibatan kepada pelajar-pelajar dengan pertandingan berbentuk Islamiah. Tahniah diucapkan kepada semua para peserta yang mengungguli pertandingan yang telah dijalankan.
Semoga dengan penganjuran karnival seperti dapat ini memupuk generasi intelektual yang membudayakan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan madani.