06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

PROGRAM SEPARUH MASA (3 BULAN)


PENGENALAN

ILP Selandar @ ILP Ulul Albab menganjurkan program TVET Tahfiz khusus untuk pelajar Madrasah atau Pondok bagi mengikuti KURSUS REKABENTUK PRODUK INDUSTRI selama 3 bulan di ILP Selandar, Melaka, secara PERCUMA. Pendaftaran kemasukan pada bulan DISEMBER 2024

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan laluan Program TVET Tahfiz di Kesuma Penubuhan dan pelaksanaan ILP Ulul Albab di ILP Selandar.
  2. Mewujudkan / melahirkan huffaz generasi teknokrat MADANI.

  3. Membuka peluang kepada pelajar tahfiz yang tamat dan tidak meneruskan pengajian di madrasah mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada.

KONSEP TVET TAHFIZ

Komponen program TVET sama ada soft skill atau program hard skill yang menfokuskan semua pelajar lepasan tahfiz termasuk peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan.

Contoh Program :

Program NOSS automotif, elektrik, komputer, penyamanan udara, penyediaan makanan, pastri, jahitan, dan lain-lain

SYARAT KEMASUKAN

 Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lepasan pelajar tahfiz yang berumur 16 tahun hingga 35 tahun daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan seumpama dengannya
  3. Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 5 juzuk hafazan.
  4. Boleh membaca, mengira dan menulis (3M) 

TEMPOH PELAKSANAAN TVET TAHFIZ

 Program Separuh Masa
  • Tempoh 3 bulan + Hafazan 5 Juzuk

MODUL TAHFIZ

  1. Tasmi' - Memperdengarkan hafalan kepada guru
  2. Murajaah - Mengulang Hafalan
  3. Tahriri - Menulis ayat-ayat pilihan
  4. Harfirah - Mempelajari terjemahan perkataan

BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN

  1. TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM) - SKM TAHAP 3
  2. TEKNOLOGI KMOMPUTER (RANGKAIAN) - SKM TAHAP 3
  3. TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN) - SKM TAHAP 3
  4. TEKNOLOGI REKABENTUK PRODUK INDUSTRI - SKM TAHAP 3

MANFAAT PELAJAR TVET TAHFIZ & POTENSI KERJAYA

PELUANG KERJAYA

  • JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
  • JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
  • JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
  • PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN
  • PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER
  • PERSONAL PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
  • PELUKIS CAD LUKISAN KOMPONEN
  • JURUTEKNIK REKABENTUK
  • PEMBUATAN BAHAGIAN MODEL/PROTOTAIP
  • KAWALAN KUALITI PEMBANGUNAN PRODUK
  • PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
  • PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
  • PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)

KELEBIHAN BELAJAR DI ILP SELANDAR

  • Yuran Pengajian - Percuma sepanjang tempoh pengajian (Program Sijil Kemahiran Malaysia)
  • Makan & Minum - Percuma sepanjang tempoh pengajian
  • Penginapan Asrama - Percuma sepanjang tempoh pengajian
  • Kemudahan Latihan - Kemudahan selesa dan peralatan pembelajaran lengkap
  • Pengiktirafan - Mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia-(JPK)
  • Peluang Kerjaya - Peluang kerjaya luas. 90% kebolehkerja  bagi pelajar lepasan ILP
  • Elaun - RM100 @ RM300 (OKU)