PROGRAM TVET TAHFIZ
ILP Selandar merupakan salah sebuah institusi latihan kemahiran awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ILP Selandar menyediakan latihan kemahiran secara sepenuh masa dan separuh masa.
Persijilan latihan kemahiran di ILP Selandar akan melayakkan pelajar mendapat SIjil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang mendapat pentauliahan dan pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kesuma
- Mewujudkan laluan Program TVET Tahfiz di Kesuma Penubuhan dan pelaksanaan ILP Ulul Albab di ILP Selandar.
Mewujudkan / melahirkan huffaz generasi teknokrat MADANI.
- Membuka peluang kepada pelajar tahfiz yang tamat dan tidak meneruskan pengajian di madrasah mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada.
Komponen program TVET sama ada soft skill atau program hard skill yang menfokuskan semua pelajar lepasan tahfiz termasuk peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan.
Contoh Program :
Program NOSS automotif, elektrik, komputer, penyamanan udara, penyediaan makanan, pastri, jahitan, dan lain-lain
- Warganegara Malaysia
- Lepasan pelajar tahfiz yang berumur 16 tahun hingga 35 tahun daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan seumpama dengannya
- Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 5 juzuk hafazan.
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M)
- Sijil Kemahiran Malaysia, SKM Tahap 3 + Hafazan 5 Juzuk
- Tasmi' - Memperdengarkan hafalan kepada guru
- Murajaah - Mengulang Hafalan
- Tahriri - Menulis ayat-ayat pilihan
- Harfirah - Mempelajari terjemahan perkataan
- TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM) - SKM TAHAP 3
- TEKNOLOGI KMOMPUTER (RANGKAIAN) - SKM TAHAP 3
- TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN) - SKM TAHAP 3
- TEKNOLOGI REKABENTUK PRODUK INDUSTRI - SKM TAHAP 3
- JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
- JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
- JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
- PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN
- PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER
- PERSONAL PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
- PELUKIS CAD LUKISAN KOMPONEN
- JURUTEKNIK REKABENTUK
- PEMBUATAN BAHAGIAN MODEL/PROTOTAIP
- KAWALAN KUALITI PEMBANGUNAN PRODUK
- PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
- PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
- PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)
- Yuran Pengajian - Percuma sepanjang tempoh pengajian (Program Sijil Kemahiran Malaysia)
- Makan & Minum - Percuma sepanjang tempoh pengajian
- Penginapan Asrama - Percuma sepanjang tempoh pengajian
- Kemudahan Latihan - Kemudahan selesa dan peralatan pembelajaran lengkap
- Pengiktirafan - Mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Kemahiran Malaysia-(JPK)
- Peluang Kerjaya - Peluang kerjaya luas. 90% kebolehkerja bagi pelajar lepasan ILP