- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -

Alumni Insight - Muaz


  

Umur : 25 TAHUN
Asal: KELANTAN
Maklumat SKM

 

Tahun Graduasi : 2017
Bidang : Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)


Pencapaian/Jawatan di ILPS :

1. Anugerah Graduan Terbaik Zon Selatan Tahun 2017
2. Pemenang Pingat Perak Pertandingan Inovasi CITEC 2015 di ADTEC Taiping
3. Sijil Penyertaan Worldskills Belia Malaysia WSMB 2015 (Bidang IT Business)

 

Maklumat Pekerjaan

Nama syarikat/ Majikan : Healtopedia Sdn. Bhd.
Position : Ketua Pegawai Operasi
Trade/Bidang : Teknologi Kesihatan
Pendapatan bulanan : RM5500-6500

Pengalaman dan cabaran setelah menamatkan pengajian di ILPS.

Pengalaman yang biasa ditempuh oleh para graduat iaitu mencari pekerjaan. Saingan dalam merebut peluang pekerjaan amatlah sengit menyebabkan saya perlu meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk menarik perhatian bakal majikan.


Dorongan untuk memilih kerjaya/jurusan sekarang.

Minat yang mendalam terhadap jurusan yang saya ambil semasa berada di ILPS membuatkan saya lebih cenderung ke arah kerjaya saya. Walaupun sepanjang pengajian pelbagai cabaran yang telah saya tempuh, ini tidak membuatkan saya hilang minat terhadap bidang ini.


Nasihat/harapan untuk bakal graduan ILPS yang akan menempuhi fasa seterusnya/alam pekerjaan

Sentiasa melakukan kajian terhadap kerjaya yang bersesuaian dengan jurusan anda. Matlamat yang jelas dalam memilih kerjaya yang dikehendaki memberikan pengaruh yang kuat terhadap kelangsungan diri dalam kerjaya yang diceburi. Ini membuatkan anda mempunyai lebih ruang untuk mendapatkan pengalaman semasa menempuh alam pekerjaan oleh kerana mempunyai pengetahuan berkenaan kerjaya tersebut.