- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -

 


MAKLUMAT AM

Institut Latihan Perindustrian Selandar sentiasa mengalu-alukan para pelajar yang berminat menjadi sebahagian daripada warga institut kami. Pelbagai bidang latihan kemahiran telah disusun dan dimantapkan sesuai dengan kehendak pasaran semasa. ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran dalam 2 bidang kemahiran iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web), CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

Pendedahan 70% amali dan 30% teori memberikan kelebihan kepada pelajar menguasai pelbagai teknik dan kemahiran. Tambahan pula, pelajar dinilai secara berterusan pada setiap semester meliputi kerja kursus (Teori dan Amali) dan Peperiksaan Akhir (Teori dan Amali) seperti yang ditetapkan di dalam setiap modul.

Untuk memberi pilihan terbaik bagi mereka yang berminat, ILP Selandar  menyediakan pelbagai kemudahan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta keselesaan dan kesejahteraan kehidupan di ILP Selandar.

Pelatih yang tamat program akademik dengan jayanya di ILPS akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Teknologi mengikut peringkat dan bidang pengkhususan masing-masing.

KURSUS YANG DITAWARKAN

 

BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

1)    Sijil Teknologi Komputer (Sistem)

2)    Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)

3)    Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)

 

BIDANG MEKANIKAL

1)    Sijil CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan)

2)    Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri

KALENDAR LATIHAN ILJTM 2021

Takwim dalam format PDF sila muatturun dari  SINI

PANDUAN KEMASUKAN

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

1) Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm)

2) Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my)

FASILITI ILPS

HUBUNGI KAMI

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan                                                                    

  Telefon   : 06 - 530 3000

 LOKASI ILP SELANDAR 


Soalan lazim

Adakah ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?

Ya, ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Apakah kursus yang ditawarkan ILP Selandar?

Buat masa ini, terdapat 3 kursus yang ditawarkan, iaitu;

1)    Sijil Teknologi Komputer (Sistem)

2)    Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)

3)    Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)

4)    Sijil CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan)

5)    Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri

Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ILP Selandar?

Kelayakan untuk memasuki ILP Selandar adalah;

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

Bagaimanakah cara untuk memohon ke ILP Selandar?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

1) Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm)

2) Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my)

Berapa lama tempoh pengajian di ILP Selandar ?

Jangkamasa berkursus di ILP Selandar adalah 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),

KECUALI Kursus Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) yang memakan masa 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ILP Selandar?

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ILP Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?

Lepasan pelajar ILP Selandar boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

 

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).