- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -

PROJEK KREATIVITI & INOVASI ILP SELANDAR


 

SATEM2S (Smart Attendance with TEMperature Screening System)

Projek SMART ATTENDANCE WITH TEMPERATURE SCREENING SYSTEM (SATEM2S) telah memenangi GOLD AWARDS & SPECIAL AWARDS BY INSTITUTIONS (Special Award from IEEE Signal Processing Society Malaysia Chapter (IEEE SPS) dalam Innovative Research Invention & Application Exhibition 2021 anjuran Universiti Utara Malaysia pada 5 Julai 2021 yang telah diadakan secara atas talian. 

Sistem ini memantau dan merekod kehadiran pelajar beserta imbasan suhu badan pelajar sebelum pelajar memulakan latihan masing-masing. Kaedah yang digunakan adalah melalui Radio Frequency Identification (RFID) berdasarkan Internet of Things (IoT).

Sistem ini dibangunkan sendiri pegawai ILP Selandar iaitu Pn Haizan bt Husin dan En Saimi bin Md Yatim serta dibantu oleh ahli kumpulan yang lain.

 

   

  


 

SISTEM PENGURUSAN DAFTAR SURAT

Projek SISTEM PENGURUSAN DAFTAR SURAT telah memenangi Bronze Award dalam Innovative Research Invention & Application Exhibition 2021 anjuran Universiti Utara Malaysia pada 5 Julai 2021 yang telah diadakan secara atas talian. 

Sistem ini membantu pihak pentadbiran mengendalikan urusan daftar surat di ILP Selandar seperti merekod maklumat penerimaan surat masuk yang baru, mencari dan memeriksa maklumat penerimaan surat masuk sedia ada serta laporan dapat dicetak, disimpan dalam format PDF dan Microsoft Office Excel.

Sistem ini dibangunkan sendiri pegawai ILP Selandar iaitu En. Mohd Noorlizam bin Md Ali

 

     

 


 

KARNIVAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI UTeMEX2019

UTeM-  10 Oktober 2019 – Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovasi & Kreativiti ILP Selandar kerana telah berjaya memperolehi 1 pingat perak dan 5 pingat gangsa di Karnival Penyelidikan dan Inovasi UTeMEX2019 dengan temanya ialah "Humanizing Technologies in Digital Era". UTeMEX bertujuan menggalakkan penyelidik dan pelajar membuat produk berasaskan penyelidikan yang inovatif, memberi impak dan mempunyai nilai komersial.

Senarai pingat dan projek inovasi adalah seperti berikut :

1. One Way Bump – Pingat Perak

2. Sistem Pengurusan Elaun Pelajar ILJTM – Pingat Gangsa

3. Holder For Supporting Aluminium Pole In Cutting Process Of Palm Tree – Pingat Gangsa

4. Multi Function Paper Tray – Pingat Gangsa

5. Universal Shelves– Pingat Gangsa

6. Diverse Keepers– Pingat Gangsa

Pertandingan berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Teknikal Malaysia,Melaka (UTeM) pada 9 & 10 Oktober 2019 dan dirasmikan oleh YB Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia , Dato’ Dr. Mohd Gazali Bin Abas melibatkan 216 penyertaan dari kalangan Universiti, Politeknik, Kolej MARA, ILKA dan sekolah di seluruh Malaysia.