- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -

 

 PENCAPAIAN ILP SELANDAR

 

STANDARD PIAWAI MS ISO 9001:2008

ILP Selandar telah dianugerahkah Standard Piawai MS ISO 9001:2008

Skop Persijilan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal

PERSIJILAN 55

Institut Latihan Perindustrian Selandar telah berjaya memperolehi Persijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak Malaysia Productivity Cooperation (MPC).

Since 18 Julai 2012 - Certification No.: AC 2866

 
PENARAFAN 5 BINTANG DARI JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Institut Latihan Perindustrian Selandar merupakan salah satu Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibawah Jabatan Tenaga Manusia memperolehi Penarafan 5 Bintang bagi Program Bertauliah seperti berikut:

PROGRAM BERTAULIAH YANG MENDAPAT PENARAFAN 5 BINTANG

Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Juruteknik Rekabentuk Produk Industri
Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal Juruteknik Rangkaian Komputer Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara
Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama
Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Artis Multimedia-Pengarangan
Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
Perekabentuk Multimedia-Pengarangan
 
Jabatan Pembangunan Kemahiran bertanggungjawab dalam melaksanakan Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (AKTA 652) Penarafan Bintang Pusat Bertauliah Tahun 2013.  Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dan menilai pusat bertauliah  seterusnya memberi penarafan bintang ke atas program bertauliah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan jabatan. 

Penilaian melibatkan aspek pengurusan Pusat Bertauliah, pengendalian latihan, penyediaan peralatan latihan, kelayakan tenaga pengajar, kerjasama industri, keutamaan keselamatan dan kebersihan, kebolehkerjaan graduan dan banyak lagi. Penarafan diberikan kepada Pusat bertauliah mengikut skala yang telah ditetapkan. Markah Keseluruhan 90 keatas (Cemerlang-5 Bintang),  markah 75 - 89 (Sangat Baik-4 bintang), markah 60 - 74 (Baik-3 bintang), markah 46 - 59 (Memuaskan-2 bintang) dan markah 45 kebawah (Lemah-1 bintang).

TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN FIESTA ROBOT EDU PERINGKAT ILJTM

PERTANDINGAN CITEC PERINGKAT KEBANGSAAN


PINGAT GANGSA - PROJEK SISTEM ADU (ADUAN ASRAMA)
 

PINGAT GANGSA - PROJEK 5S SMART AUDIT
 

PINGAT GANGSA - PROJEK E-PENGURUSAN MAKLUMAT
 

PINGAT GANGSA - PROJEK SISTEM E-CAFÉ AUDIT

INTERNATIONAL INNOVATION ARSVOT MALAYSIA 2021 (IAM 2021)

10 April 2021 - TAHNIAH diucapkan kepada Team Inovasi ILP Selandar yang telah memenangi GOLD AWARD di International Innovation Arsvot Malaysia 2021 (IAM 2021) melalui Projek “Smart Attendance with Temperature Screening System (SATEM2S)”. Projek yang sama turut merangkul BEST VISUAL AWARD.

International Innovation Arsvot Malaysia 2021 (IAM 2021) merupakan pertandingan inovasi Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Latihan Kemahiran dan Vokasional yang melibatkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Terdapat sebanyak 359 penyertaan bagi acara Pertandingan Inovasi dan 70 penyertaan bagi acara Persidangan.

Pensyarah yang terlibat dalam projek ini ialah Pn. Haizan Binti Hussein, En. Mohd Saimi Bin Md. Yatim, En. Amar Shah Bin Omar & En. Nazry Bin Yusof.

INNOVATIVE RESEARCH INVENTION & APPLICATION EXHIBITION 2021 ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

5 Julai 2021 - Team Inovasi ILP Selandar telah berjaya mendapat GOLD Award & Bronze Award dalam Innovative Research Invention & Application Exhibition 2021 anjuran Universiti Utara Malaysia

INTERNATIONAL SARAWAK INNOVATION TECHNOLOGY EXPOSITION 3.0 (I- SAINTEX 3.0)

6 Disember 2021 - Projek Inovasi ILP Selandar "SATEM2S" berjaya memenangi PINGAT EMAS berserta wang tunai RM 3000 di International Sarawak Innovation Technology Exposition 3.0 (i- Saintex 3.0)

THE INTERNATIONAL VIRTUAL EDUCATIONAL INVENTION, INNOVATION, AND DESIGN COMPETITION 2022 (iVEDIIC2022)

17 November 2022 - Pasukan Inovasi ILP Selandar yang terdiri daripada Gabungan Pengajar dan Pelajar dari Bengkel Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) telah dinobatkan sebagai pemenang GOLD AWARD bagi Kategori Produk Pitching di dalam The International Virtual Educational Invention, Innovation, and Design Competition 2022 (iVEDIIC2022)

Wakil ILP Selandar ini dinobatkan sebagai pemenang Emas melalui hasil Projek “ILPS Centralized Temperature & Humidity Monitoring System for Server Rack (CTeHMS)”

iVEDIIC2022 kali ini adalah dibawah penganjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia yang merupakan platform untuk mempamerkan idea, reka bentuk, ciptaan atau inovasi serta keupayaan peserta yang terdiri daripada kalangan pencipta, pensyarah dan pelajar dalam mencipta dan menginovasi teknologi baharu untuk pekerjaan dan daya saing masa hadapan.

Barisan pensyarah dan pelajar yang terlibat di dalam penghasilan projek ini ialah En. Muhammad Nur Zulfadhli Bin Abd Rahim, En. Nazry Bin Yusof, Saudara Sri Sarvinraj A/L Sri Vijayan, Saudari Nur Fatin Binti Mohd Zalizan, Saudari Nur'ain Syazwani Binti Zamzury dan Saudara Muhammad Hafizhan Bin Hamzah

Tahniah diucapkan buat semua yang telah menjayakan projek ini.⁣ Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua dalam inovasi yang memberi manfaat kepada global.

INTERNATIONAL SARAWAK INNOVATION TECHNOLOGY EXPOSITION 3.0 (I- SAINTEX 3.0)

6 Disember 2021 - Projek Inovasi ILP Selandar "SATEM2S" berjaya memenangi PINGAT EMAS berserta wang tunai RM 3000 di International Sarawak Innovation Technology Exposition 3.0 (i- Saintex 3.0)

PERTANDINGAN KREATIVITI & INOVASI 2023 (CITEC 2023) ANJURAN JABATAN TENAGA MANUSIA

CITEX2023

2 Mac 2023 - Jutaan tahniah diucapkan buat Team Inovasi ILP Selandar di atas kejayaan dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi 2023 (CITEC 2023) anjuran Jabatan Tenaga Manusia.⁣

⁣Sebanyak 71 penyertaan bagi 4 bidang yang dipertandingkan dan ILP Selandar telah merangkul pingat emas bagi projek SATEMS2S manakala pingat perak bagi projek DABoT. ⁣
Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga kemenangan yang dirai dapat menyuntik semangat untuk terus berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat⁣

34th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX 2023)

ITEX2023

11 - 12 Mei 2023 - Jutaan tahniah diucapkan buat Team Inovasi ILP Selandar di atas kejayaan dalam 𝟑𝟒𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 (𝐊𝐋𝐂𝐂) pada 11-12 Mei 2023

Sebanyak 700 projek inovasi dari seluruh dunia telah dipertandingkan serta melibatkan sebanyak 140 penyertaan tempatan.
 
ILP Selandar telah berjaya membawa pulang 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bagi projek 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗔𝘁𝘁𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗰𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 (𝗦𝗔𝗧𝗘𝗠𝟮𝗦) di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa tersebut.
 
Semoga kemenangan yang dirai dapat menyuntik semangat untuk terus berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat.