- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -


  • Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab bagi memastikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di ILPS akan mendapatkan pekerjaan.
  • Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan tv, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh kerajaan atau pihak swasta.
  • Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat-syarikat di sekitar ILPS dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.
  • Menguruskan semua hal ehwal kerjasama antara industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILPS.
  • Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILPS adalah berkualiti dan memastikan pelajar-pelajar mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan latihan.