
Bangunkan aplikasi web/mobile sendiri?
Kami TUNJUKKAN caranya
Kami menumpukan kemahiran dalam pembangunan perisian komputer dengan memahami pengaturan sistem logik, penterjemahan logik kepada pengkodan, menulis dan menguji pengkodan program, menjalankan aktiviti rutin keselamatan sistem dan proses pengurusan data.
Pelatih juga melakukan kajian, merekabentuk, menguji dan mengimplementasikan perisian komputer yang dibangunkan sendiri. Selain itu pelatih juga menguasai pelbagai kemahiran seperti Asas Penyelengaraan Komputer, Asas Rangkaian , Asas Linux, Borland C++ , Visual Basic dan Adobe Photoshop.
Kelayakan
- Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)
- Warganegara Malaysia
- Umur 17 tahun ke atas
- SIJIL : 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Komputer Perisian (Pengaturcaraan):
- PENGATURCARA APLIKASI KOMPUTER - PENGKALAN DATA PROGRAMMER - PENTADBIR PENGKALAN DATA - SISTEM JURUANALISIS - PEMAJU SOFTWARE - SYSTEM SOFTWARE - WEB PROGRAMMER |
Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.
SEMESTER 1 | SEMESTER 2 | SEMESTER 3 | SEMESTER 4 |
Principles Of Internet Technologies | Database System | Introduction To Java | Source Code Management |
Software Development Concepts | Programming Language(C++) | Web Application Development(PHP) | Bug Management |
Programming Methodologies | Css Fundamentals | Mobile Apps Essential | IT Project Management |
Introduction To Html | Introduction To Internet Of Things | Bug Fundamentals | Introduction To System Deployment |
System Analysis And User Interface Design | .Net Technology | Introduction To Software Testing | Introduction To Technical Documentation |
Mathematics 1 | Mathematics 2 | Mathematics 3 | Hak Pekerja |
Physics 1 | Physics 2 | Engineering Science | Industrial Training (Latihan Industri) |
Pengajian Islam 1 / Moral 1 | Pengajian Islam 2 / Moral 2 | Pengajian Islam 3 / Moral 3 | |
Technical English 1 | Technical English 2 | Entepreneurship | |
Ko-Kurikulum | Ko-Kurikulum |