06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

EKSA (EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM)


PENGENALAN EKSA

Dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun, ILP Selandar sentiasa menerapkan konsep 5S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Ini terbukti apabila ILP Selandar telah berjaya memperolehi Persijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak Malaysia Productivity Cooperation (MPC) sejak 18 Julai 2012 (Certification No.: AC 2866).

Bagi memantapkan lagi budaya 5S serta meningkatkan prestasi dan daya saing, ILP Selandar telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam). Pendekatan baharu EKSA dilihat sebagai satu program yang menggalakkan warga institut agar lebih kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan. Persijilan EKSA dikeluarkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) setelah lawatan audit dijalankan.

Melalui pelaksanaan EKSA, diharapkan warga ILP Selandar memperoleh manfaat dan faedah yang positif, iaitu bekerja dalam persekitaran yang kondusif seterusnya dapat meningkatkan produktiviti masing-masing.

LOGO EKSA ILP SELANDAR


KETERANGAN LOGO EKSA ILP SELANDAR

EKSA : Singkatan bagi Ekosistem Kondusif Sektor Awam.

Lakaran anak panah :  Mencirikan logo rasmi Jabatan Tenaga Manusia yang merupakan penaung kepada Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka.

Lakaran Daun : Penekanan terhadap aktiviti ke arah menwujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau di ILP Selandar.

Warna Biru dan Gangsa : mengambarkan identity warna korporat ILP Selandar.

Warna Hijau : Melambangkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber

Warna Biru Firus (Turquoise) : Melambangkan kesepakatan warga ILP Selandar dalam mewujudkan suasana kerja yang bersih dan selamat.

Slogan : KREATIF, INOVATIF & KONDUSIF

* Muat turun logo dalam format .PNG  ( >Staf ILPS > Muat Turun )

 

PROGRAM DAN AKTIVITI EKSA @ ILPS

1) LAWATAN PENANDA ARAS - IKTBN DUSUN TUA

2) TAKLIMAT EKSA

3) PERTANDINGAN LOGO & SLOGAN EKSA ILPS

4) BIG CLEANING DAY