06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

SOALAN LAZIM


1. Adakah ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?

Ya, ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

2. Apakah kursus yang ditawarkan ILP Selandar?

Buat masa ini, terdapat 5 kursus yang ditawarkan, iaitu;

1)    Sijil Teknologi Komputer (Sistem)

2)    Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)

3)    Sijil Teknologi Perisian (Pengaturcaraan)

4)    Sijil CADD Mekanikal (Oil & Gas)

5)    Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri

3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ILP Selandar?

Kelayakan untuk memasuki ILP Selandar adalah;

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ILP Selandar?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

1) Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/permohonaniljtm)

2) Laman Web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi (http://upu.mohe.gov.my)

5. Berapa lama tempoh pengajian di ILP Selandar?

Jangkamasa berkursus di ILP Selandar adalah 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),

KECUALI Kursus Sijil Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) yang memakan masa 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ILP Selandar?

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ILP Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?

Lepasan pelajar ILP Selandar boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

9. Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).