06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN)


MAKLUMAT AM


Ketepatan ukuran, keperincian lukisan dan ketelitian perancangan.

Itulah KEUTAMAAN kami

Kami menggunakan perisian komputer AUTOCAD dan PLANT 3D SUITE untuk melukis lukisan paip bagi industri minyak yang sedang berkembang pesat. Pelatih diajar cara menyelia projek sebenar dengan semua elemen penyeliaan, pengiraan kos, penyediaan kertas cadangan, lukisan perincian serta pembentangan kertas kerja.

SYARAT KEMASUKAN

 Kelayakan

 

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

 

JANGKA MASA KURSUS

 Jangka masa kursus

 

-       SIJIL : 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas):

-       PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)

-       PELUKIS PELAN (STRUKTUR)

-       PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)

MODUL PEMBELAJARAN

Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

 
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Fundamental Process Piping Piping Isometric Piping Meterial
Computer Aided Drafting 2D Piping Support Cost Estimation
Computer Aided Drafting 3D General Arrangement Drawing AS-Built Drawing
Plant 3D Modelling Drawing Management Piping Project
Piping Design Supervisory 1 Supervisory 2
Computer Application e-Entrepreneurship Engineering Science
Co-Curiculum 1 Co-Curiculum 2 Hak Pekerja
Mathematic 1 Mathematic 2 Mathematic 3
Physics 1 Physics 2 Islamic Studies 3
Islamic Studies 1 Islamic Studies 2 Moral Studies 3
Technical English 1 Technical English 2  

{/s​liders}