06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)


MAKLUMAT AM


Terputus Hubungan INTERNET?

Kami HUBUNGKAN DUNIA...

Kami menumpukan pengetahuan dan kemahiran dalam membangun dan menyelia Rangkaian Komputer. Disini para pelajar dilatih dengan kaedah memasang, membangun, mentadbir dan menyelenggaran sistem rangkaian komputer. Mereka juga didedahkan dengan sistem keselamatan komputer, sistem operasi rangkaian, network administration serta teknologi maklumat dan komunikasi.

SYARAT KEMASUKAN

 Kelayakan

 

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

 

JANGKA MASA KURSUS

 Jangka masa kursus

 

-       1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Komputer (Rangkaian):

-   PERSONEL PENYELENGGARAAN

-   PERSONEL SOKONGAN RANGKAIAN

-   PENTADBIR RANGKAIAN

-   EKSEKUTIF SOKONGAN MAKLUMAT/IT

-   PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER

-   PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN

-   PEMBANGUN IT / HELP DESK

MODUL PEMBELAJARAN

Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

 
SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Office Application Server Essential Computer Network Maintenance
Computer Hardware & Software Wireless Technology Linux Essential
Network Fundamental Fibre Network Cabling Fundamental Of Programming
Network Structured Cabling Computer & Network Security Ethernet Switching
Mathematics 1 Project Management Mobile Device Configuration
Physics 1 Mathematics 2 Mathematics 3
Pengajian Islam 1 / Moral 1 Physics 2 Physics 3
Technical English 1 Pengajian Islam 2 / Moral 2 Pengajian Islam 3 / Moral 3
Ko-Kurikulum Technical English 2 NCS (Core Abilities)
NCS (Core Abilities) Ko-Kurikulum  
  NCS (Core Abilities)  

{/s​liders}