06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PROGRAM GOTONG-ROYONG MASJID KARIAH SELANDAR

17 Februari 2024 – Bertempat di Masjid Al Hasanah Pondok Kempas Selandar, program menggabungkan permuafakatan antara para pelajar semester 3 dan 4 serta penglibatan kakitangan ILP Selandar dengan kerjasama erat ahli jawatankuasa Masjid Al Hasanah.⁣
Aktiviti gotong-royong pengindahan masjid meliputi pembersihan perkarangan luar dan dalam masjid, serta pemuliharaan pokok-pokok hiasan sekitar kawasan masjid.⁣
Semoga dengan permuafakatan ini mengeratkan ukhwah warga ILP Selandar dengan komuniti setempat.⁣