06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

KUNJUNGAN HORMAT KETUA CAWANGAN KWSP JASIN KE ILP SELANDAR

16 April 2024 – Ketua Cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Daerah Jasin, Encik Hasrul bin Muhamadiah telah hadir ke ILP Selandar bagi mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Tuan Pengarah Ts. Rostam Bin Hashim.
 
Encik Hasrul telah memberikan perkongsian maklumat dalam kunjungan tersebut antaranya penerangan berkenaan tawaran KWSP untuk rakyat Malaysia bagi mendaftar sebagai ahli KWSP seawal usia 14 tahun supaya penyimpan dapat menyimpan untuk masa hadapan dan tawaran insentif oleh pihak Kerajaan untuk penyimpan sebanyak RM500 setahun bagi yang layak.