06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

MAJLIS JUNJUNGAN KASIH, SELEMBAR BUDI

29 Disember 2023 - Majlis meraikan sempena Persaraan wargakerja ILP Selandar, Encik Suhaimi Bin Kasran, Ketua Bahagian Teknologi Komputer Sistem yang bakal bersara pada tahun ini merupakan satu penghormatan kepada beliau yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada ILP Selandar.

Selama berkhidmat di ILP Selandar, Encik Suhaimi telah menunjukkan kecekapan dan dedikasi yang tinggi dalam memastikan pembangunan dan peningkatan dalam bidang teknologi komputer sistem. Beliau juga turut berkongsi ilmu serta pengalaman dengan rakan sekerja dan pelajar yang telah memberi impak yang positif kepada perkembangan ILP Selandar.

Selamat Maju Jaya buat En. Suhaimi bin Kasran. Terima kasih atas ilmu dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di ILP Selandar. Semoga Encik Suhaimi terus diberkati dalam kehidupan selepas persaraan. Terima kasih diucapkan atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada ILP Selandar.