06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ILP SELANDAR KE BALAI POLIS SELANDAR DAN KLINIK KESIHATAN SELANDAR

23 Januari 2024 - Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke Balai Polis Selandar dan Klinik Kesihatan Selandar dengan tujuan berkenalan bersama Ketua Agensi Kerajaan sekitar ILP Selandar.
 
Ketua Balai Polis Selandar, SM Azham Bin Othman dan Timbalan Pegawai Tadbir Klinik Kesihatan Selandar, Dr. Santha telah menyambut baik kedatangan tuan pengarah dan mengadakan perbincangan mengenai keselamatan dan kesihatan serta kerjasama yang boleh dijalinkan bersama.