06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ILP SELANDAR DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ DI JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA

15 Februari 2024 – Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim telah membuat kunjungan hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka bersama Timbalan Pengarah Latihan dan Penolong Pengarah CESS. Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIM, Tuan Ab. Khawi bin Che Abdul Rahman serta beberapa pegawai kanan Jabatan Agama Islam Melaka.
 
Lawatan ini antara lain untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari Jabatan Agama Islam Melaka ke arah persediaan ILP Selandar dalam pelaksanaan program TVET Tahfiz selain daripada salah satu inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dalam penawaran latihan dan kemahiran kepada pelajar tahfiz seluruh negeri Melaka khususnya.
 
Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Melaka kerana sudi menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.