06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

MAJIS BERAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH BARU ILP SELANDAR

16 Januari 2024 - Baru-baru ini telah diadakan satu majlis beramah mesra bersama Tuan Ts. Rostam bin Hashim, teraju pimpinan baharu ILP Selandar. Dalam pertemuan tersebut, beliau telah menyatakan konsep "Q+Q+A= C" iaitu Quality + Quantity + Attitude = Compensate sebagai teras utama dalam pengurusan ILP Selandar.
 
Beliau menekankan bahawa kualiti perkhidmatan yang cemerlang, jumlah yang mencukupi serta sikap yang positif adalah kunci kejayaan untuk mencapai ganjaran yang setimpal. Diharapkan dengan konsep ini, warga kerja ILP Selandar dapat bersatu padu dan harmoni dalam usaha memacu pembangunan pendidikan TVeT pada masa kini.
 
Kepimpinan beliau memberikan sinar baru dalam membawa ILP Selandar ke mercu kecemerlangan yang lebih tinggi. Selamat datang Tuan Ts. Rostam bin Hashim, semoga usaha bersama ke arah keunggulan dapat dicapai dengan penuh keyakinan dan kesungguhan.