06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PROGRAM WALKABOUT PERINGATAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN

24 Februari 2024 – Bertempat di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka, program anjuran Agensi Antidadah Negeri Melaka meperlihatkan gabungan antara para pelajar semester 3 dan 4 bersama kakitangan ILP Selandar dalam menjayakan program kesedaran bertemakan "𝙇𝙚𝙗𝙞𝙝 𝘽𝙖𝙞𝙠 𝘾𝙚𝙜𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙘𝙚𝙜𝙖𝙝𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙙𝙖𝙝 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖 𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙪𝙢𝙖𝙝". Turut terkandung di dalam sesi Walkabout Perdana adalah pengedaran risalah antidadah, perkongsian maklumat mengenai pencegahan dadah.
 
Para peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif disepanjang program berlangsung. Pengajuran program sebegini dilihat mampu mewujudkan kesedaran yang mampan dalam mencegah para pengunjung daripada terjerumus ke dalam penyalahgunaan dadah.