06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PERBINCANGAN KOLABORASI PROGRAM OUTREACH TVET NEGERI MELAKA

22 April 2024 – Satu sesi perbincangan kolaborasi di antara Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Selatan bersama ILP Selandar bagi pelaksanaan Program Outreach TVET Negeri Melaka telah diadakan di bilik mesyuarat pentadbiran ILP Selandar.
 
Pengarah ILP Selandar Ts. Rostam Bin Hashim telah mempengerusikan mesyuarat dengan kehadiran Pengarah JPK Wilayah Selatan En. Mohammad Musa Bin Ahmad bersama pegawai-pegawai JPK Selatan.
 
Perbincangan bertumpukan kepada objektif program iaitu untuk mempromosikan TVET kepada masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.