06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

KARNIVAL PENDIDIKAN & KERJAYA TVET MELAKA TAHUN 2023

25 & 26 November 2023 - ILP Selandar telah mengambil bahagian dalam Karnival Pendidikan & Kerjaya TVET Melaka 2023 sebagai pempamer untuk memperkenalkan pelbagai kursus yang ditawarkan di institusi tersebut. Selain itu, mereka turut mempromosikan projek inovasi yang telah dijalankan di Dewan A, MITC Melaka.

Karnival ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik termasuk 900 peluang pekerjaan, pameran industri, pameran institusi TVET, pertandingan TVET, explorace, simposium, dan klinik drone. Ini adalah peluang yang baik bagi para pelajar dan individu yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pendidikan teknikal dan vokasional, serta peluang pekerjaan dalam industri berkaitan.

Dengan penyertaan ILP Selandar dalam karnival ini, diharapkan dapat memberi sinergi positif dalam memperkukuhkan lagi pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET di Melaka. Ini juga merupakan satu langkah proaktif dalam mempromosikan kesedaran akan kepentingan kemahiran vokasional dalam memenuhi permintaan pekerjaan industri pada masa hadapan.