PM LANCAR TVET MALAYSIA DI ADTEC SHAH ALAM

  ADTEC Shah Alam, Selangor – 27 September 2017   – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan penjenamaan semula Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada TVET Malaysia di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Shah Alam.  Bersempena dengan pelancaran itu, Pengarah Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS), Tuan Haji Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, Puan Huzaifah Binti Hasan serta beberapa pegawai lain telah hadir ke

Selanjutnya... »
GOTONG-ROYONG PERDANA ILP SELANDAR

  Zon EKSA, ILP Selandar – 26 September 2017  – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah melancarkan Gotong-Royong Perdana atau lebih dikenali sebagai Big Cleaning Day pada hari Selasa bersamaan 26 September 2017.  Aktiviti ini disertai oleh semua warga ILPS terdiri dari pegawai, kakitangan, pensyarah dan para pelajar meliputi 7 Zon Eksa iaitu Zon Ibnu Rusyd (Pentadbiran), Zon Ibnu Khaldun (P.Sumber), Zon Ibnu Sina (Bengkel A), Zon Al Razhi (Bengkel B), Zon Al Khawarizmi (Bengkel

Selanjutnya... »
CESS ANJUR SEMINAR KERJAYA SESI 2/2017

  Pusat Sumber, ILP Selandar – 12 September 2017  – Unit Komuniti dan Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS) ILP Selandar telah menganjurkan Seminar Kerjaya pada hari Selasa bersamaan 12 September 2017. Seminar ini merupakan acara dwi-tahunan yang melibatkan pelajar-pelajar semester akhir di Institut Latihan Perindustrian Selandar iaitu Semester 3 (Sijil Kemahiran Malaysia) dan Semester 8 (Diploma Vokasional Malaysia). Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Program Transformasi Diri 2017 yang d

Selanjutnya... »
JAB. TEK. KOMPUTER SISTEM ANJUR HARI USAHAWAN

  Ruang Legar, JTKS -  07 September 2017  – Pelajar-pelajar Semester 3 dari Kursus Sistem Komputer  telah mengadakan ‘Hari Usahawan’ di Ruang Legar, Jabatan Teknologi Komputer Sistem (JTKS). Ianya telah dirasmikan oleh Puan Rohani Binti Yusof selaku Ketua Jabatan Teknologi Komputer Sistem sekitar jam 9:00 pagi. Program ini merupakan salah satu tugasan dalam modul Organization Management yang memerlukan para pelajar mengurus-selia sesuatu aktiviti atau program. Ini akan memberi pengalaman kepa

Selanjutnya... »
PELAJAR KV MELAKA TENGAH SERTAI KURSUS AUTODESK INVENTOR & PRODUCT DESIGN (ANALYSIS)

  Makmal Komputer 1, Jabatan Teknologi Mekanikal – 9 Ogos 2017  – Kursus Modular anjuran Jabatan Teknologi Mekanikal, Institut Latihan Perindustrian Selandar sentiasa mendapat sambutan terutama dari kalangan pelajar aliran kemahiran. Terkini, seramai 25 orang pelajar dari Kolej Vokasional Melaka Tengah telah hadir bagi menyertai Kursus Autodesk Inventor & Product Design (Analysis) yang dijalankan di Makmal Komputer 1 (IPD). Kursus ini telah dirangka khas mengikut permintaan pihak KV Mela

Selanjutnya... »
PELAJAR KV TENGKU AMPUAN AFZAN HADIRI KURSUS MODULAR ANJURAN JTKS

  Makmal Komputer, JTKS -  19 Ogos 2017  – Seramai 28 orang pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang telah menyertai Kursus Server Hardware And Installation anjuran Jabatan Teknologi Komputer Sistem (JTKS), Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka. Kursus ini dijalankan pada hari Sabtu, 19 Ogos 2017 bermula dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kandungan kursus terdiri daripada pengenalan server, perkakasan dan komponen server, instalasi server dan banyak lagi.

Selanjutnya... »
GRADUAN TERBAIK DI KONVOKESYEN ILJTM 2017 - MELAKA/N.SEMBILAN

LAPORAN BERITA - Pelajar Institut Latihan Perindustrian Selandar Melaka, Muaz Mohd Shakrol Bahadi dianugerahkan Sijil Kecemerlangan - Graduan Terbaik di Majlis Konvokesyen ILJTM 2017 Negeri Melaka dan Negeri Sembilan. MELAKA HARI INI (JUMAAT, 18 OGOS 2017)

Selanjutnya... »
PUSAT SUMBER ILP SELANDAR TERIMA KUNJUNGAN PELAJAR KV TENGKU AMPUAN AFZAN

  Pusat Sumber ILP Selandar -  18 Ogos 2017 – Seramai 28 pelajar Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong telah mengunjungi Pusat Sumber ILP Selandar sejurus tiba dari Pahang pada pukul 11 pagi. Kesempatan ini digunakan para pelajar untuk membuat carian bahan dan rujukan tambahan bagi menyiapkan projek akhir tahun mereka. Ini merupakan salah satu aktiviti para pelajar sebelum mereka menyertai Kursus Server Hardware And Installation yang dijalankan Jabatan Teknologi Komputer (Sistem). Kur

Selanjutnya... »
PELAJAR ILP SELANDAR SERTAI MAJLIS TAHLIL & KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-60

  Masjid Al-Ghaffar, Jasin -  17 Ogos 2017 – Satu Majlis Tahlil & Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat Daerah Jasin telah diadakan di Masjid Al-Ghaffar, Jasin pada hari Khamis bersamaan 17 Ogos 2017. Para pelajar telah dibawa menaiki bas ke Masjid Al-Ghaffar diiringi beberapa pensyarah pengiring. Selesai sahaja solat Maghrib, para jemaah terus memulakan bacaan yasin dan tahlil diikuti dengan ucapan dari YB Datuk Seri Hj. Ahmad Bin Hamzah selaku YB Ahli Parlimen Jasi

Selanjutnya... »
MAJLIS KONVOKESYEN ILJTM NEGERI MELAKA/NEGERI SEMBILAN TAHUN 2017

  Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka – 15 Ogos 2017– Satu Majlis Konvokesyen Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah berlangsung di Dewan Serba Guna, Adtec Melaka pada hari Selasa bersamaan 15 Ogos 2017. Majlis mengumpulkan 800 graduan dari 4 ILJTM iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka, Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil, Institut Latihan Perindustrian Selandar dan Institut Latihan Perindustrian Pedas. Sera

Selanjutnya... »
PELAJAR ILP SELANDAR KUNJUNGI KARNIVAL SKILLS MALAYSIA WILAYAH TENGAH

  CIAST, Shah Alam -  12 Ogos 2017  – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menganjurkan Karnival Skills Malaysia Wilayah Tengah bersempena dengan berlansungnya Pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) di Pusat  Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam. Seramai 35 pelajar ILP Selandar dari pelbagai jurusan telah hadir bagi memeriahkan lagi karnival ini yang pastinya dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para pelajar. Antara acara yang diadakan adalah Pert

Selanjutnya... »
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2017 – PERINGKAT ILP SELANDAR

  Dewan Besar ILP Selandar – 19 Julai 2017  – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya pada 25 Syawal 1438H bertempat di Dewan Besar ILP Selandar, Melaka.   Majlis ini diadakan bagi bertemu mesra dan mengeratkan silaturahim di antara warga ILPS sambil menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah ILPS, En. Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said, diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Mohd Kha

Selanjutnya... »
40 PELAJAR ILP SELANDAR SERTAI ‘LARIAN BENDERA NEGARAKU’

  Padang Dataran Pahlawan, Melaka - 15 Julai 2017  – Seramai 40 pelajar ILP Selandar bersama  pensyarah pengiring En. Suhaimi Bin Kasran, Pn. Azleen Binti Mat Lazih dan  En. Amar Shah Bin Omar telah menyertai Larian Bendera Negaraku sempena Program Ekspresi Negaraku yang telah diadakan di Padang Dataran Pahlawan, Melaka. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat cintakan tanahair di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Disamping itu ia menjadi platform b

Selanjutnya... »
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA S.M.K KEM TERENDAK, MELAKA

  ILP Selandar – 24 Mei 2017 – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menerima kunjungan 46 murid dan 3 guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak, Melaka pada hari Rabu, 24 Mei 2017. Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang peluang melanjutkan pelajaran di ILP Selandar. Rombongan telah tiba seawal jam 9 pagi disambut Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL), Puan Kausar Bt Mohd Hanafi. Para pelajar dan guru kemudiannya di

Selanjutnya... »
PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI BERSEMPENA HARI PEKERJA

  Masjid Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh – 23 Mei 2017  – Bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei 2017 yang lalu, seramai 31 pelajar dan 9 pensyarah dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah menyertai Program Khidmat Komuniti anjuran ILP Selandar dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid An-Nur, Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Melaka. Peserta yang tiba dilokasi pada jam 8.30 pagi telah diberi taklimat ringkas dari wakil Jawatankuasa Masjid. Selesai sesi taklimat, peserta te

Selanjutnya... »
PROGRAM KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM DAN ANUGERAH PELAJAR SESI 1/2017

  Dewan Makan, ILP Selandar - 12 Mei 2017 – Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan Program Kecemerlangan Ko-Kurikulum Dan Anugerah Pelajar bagi sesi 1/2017 pada hari Jumaat bersamaan 12 Mei 2017.  Semua pensyarah, kakitangan dan para pelajar ILP Selandar telah dijemput bagi menghadiri program ini bertempat di Dewan Makan ILP Selandar. Majlis telah dirasmikan Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, Pn. Huzaifah Binti H

Selanjutnya... »
PROGRAM TEAM BUILDING 2017 – ILP SELANDAR

  Taman Botanikal, Ayer Keroh - 06 Mei 2017 – Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menganjurkan Program Team Building 2017  pada hari Sabtu bersamaan 6 Mei 2017.  Program ini disertai 113 orang pelajar ILP Selandar bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar di samping membentuk budaya kerja berpasukan yang mantap selain menambahkan lagi pengalaman dan ilmu pengetahuan berkenaan dengan kepimpinan. Pelbagai aktiviti berbentuk "Team Building" diadakan seperti Ice

Selanjutnya... »
MAJLIS PENUTUP SUKAN DALAMAN PIALA PENGARAH ILP SELANDAR SESI 1/2017

  Astaka, ILP Selandar - 05 Mei 2017       – Majlis Penutup Sukan Dalaman Piala Pengarah ILP Selandar bagi sesi 1/2017 telah diadakan di Astaka ILP Selandar pada 5 Mei 2017 bagi meraikan para pelajar dan staf yang berjaya dalam acara sukan yang dipertandingkan.  Majlis penutup telah disempurnakan oleh En. Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said selaku Pengarah ILP Selandar.  Antara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Ping pong, Da

Selanjutnya... »
HARI INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU - JABATAN TEKNOLOGI KOMPUTER SISTEM

  Jabatan Teknologi Komputer Sistem, ILP Selandar - 4 Mei 2017        – Satu pameran Hari Inovasi dan Teknologi Hijau telah diadakan di Jabatan Teknologi Komputer Sistem. Pengarah ILP Selandar, En. Ab Rahman Bin Hj. Mohd Said telah dijemput untuk merasmikan Hari Inovasi Dan Teknologi Hijau peringkat Jabatan Teknologi Komputer Sistem.  Pameran tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kakitangan dan pelajar-pelajar ILP Selandar bagi melihat projek-projek yang telah dihasilkan oleh pensyarah dan pel

Selanjutnya... »
PEMENANG PERTANDINGAN MEREKABENTUK LOGO EKSA ILPS

  ILP Selandar -  28 April 2017      – Jawatankuasa Kecil Promosi Pelaksanaan EKSA telah mengadakan ‘Pertandingan Merekabentuk Logo & Slogan EKSA ILP’ pada bulan Mac 2017. Sehingga tarikh tutup pertandingan, sebanyak 30 penyertaan diterima dari warga ILP Selandar terdiri dari pengajar dan para pelajar. Setelah meneliti semua penyertaan, pihak pengurusan tertinggi ILP Selandar telah bersetuju memilih logo ciptaan En. Azhar Bin Ahmad Zaki (pengajar) sebagai pemenang pertandingan. Manakala l

Selanjutnya... »
11 PELAJAR WAKILI ILP SELANDAR KE PERTANDINGAN WSMB 2017

  ILP Selandar, Melaka -  26 April 2017     – Sebelas (11) pelajar Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) telah dipilih mewakili ILPS dalam Pertandingan World Skill Malaysia Belia (WSMB) 2017 peringkat Pra-Kelayakan. Pertandingan telah dijalankan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Ayer Keroh pada 26 April 2017 bagi bidang Web Design, IT Software Solution For Business dan IT Network System Administrator.  Terdahulu, pertandingan bagi bidang Mechanical Engineering Design CAD telah

Selanjutnya... »
LAWATAN KHIDMAT NASIHAT PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA KE PERPUSTAKAAN ILPS

  Pusat Sumber, ILP Selandar - 26 April 2017       – Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan lawatan khidmat nasihat ke perpustakaan Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) pada 26 April 2017.  Pegawai PNM, Puan Nurul Suhaiza Binti Nain @ Abdul Salam (Pustakawan S41) telah hadir pada jam 2.00 petang bagi bertemu dan berbincang dengan Penolong Pengarah Pusat Sumber, En Sanjay Vengatravana dan Pembantu Perpustakaan, Puan Siti Nazira B

Selanjutnya... »
BIG CLEANING DAY – MENUJU PERSIJILAN EKSA

  Zon EKSA, ILP Selandar -  25 April 2017    – Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) dalam proses kearah persijilan EKSA telah melancarkan Gotong-Royong Perdana atau lebih dikenali sebagai Big Cleaning Day pada hari Selasa, 25 April 2017. Aktiviti ini disertai oleh semua warga ILPS terdiri dari pegawai, kakitangan, pensyarah dan para pelajar. Para peserta telah berkumpul seawal jam 8 pagi di ‘open plaza’ bagi mendengar taklimat ringkas dari Penyelaras EKSA, Puan Huzaifah Binti Hasan.

Selanjutnya... »
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ VOKASIONAL (VOKTEK) ZON SELATAN

  Kejohanan Sukan VOKTEK (KV-ILP Selandar) -  30 Mac 2017  – Skuad Bola Sepak bersama-sama Pasukan Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) dari Kolej Vokasional – Institut Latihan Perindustrian Selandar (KV-ILPS) telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan sempena Kejohanan Sukan Kolej Vokasional (VOKTEK) Zon Selatan.  Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Tampar (Lelaki & Perempuan) yang berlangsung di Center Court Paroi, Seremban, menyaksikan pasukan bola tampar (lela

Selanjutnya... »
MAJLIS MAKAN MALAM KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ILPS

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ILPS Hatten Hotel, Melaka 4 Mac 2017  – ‘Simply Glams’, itulah tema Majlis Makan Malam Kelab Sukan & Kebajikan Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) bertempat di Ballroom 2, Tingkat 11, Hotel Hatten Melaka. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah ILPS, En Ab. Rahman Bin Hj. Mohd Said dan keluarga serta lebih dari 200 jemputan lain terdiri dari staf ILPS dan ahli keluarga masing-masing. Bermula jam 8 malam, majlis yang diacaraka

Selanjutnya... »
  • Jumlah Pelawat Portal ILP Selandar
  • 1.png1.png2.png0.png7.png1.png
  • Hari ini : 43
  • Semalam : 1106
  • Minggu ini : 43
  • Bulan ini : 10298