KENALI ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

ADTEC JTM Kampus Selandar atau dahulu dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM).
ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 76 orang staf.
ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.
Sejurus dengan itu, ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran di dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Komputer (Multimedia Interaktif), CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.
PANDUAN KEMASUKAN
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).
Jom sertai kami, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) kini membuka permohonan bagi pelajar baru. Pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan melalui e-Permohonan atas talian dengan klik pada pautan di bawah;
HUBUNGI KAMI
Lot 1468, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.
Telefon : 06 - 530 3000
Faksimili : 06 - 530 3001
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Adakah ADTEC JTM Kampus Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?
2. Apakah kursus yang ditawarkan ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Sijil Teknologi Komputer Sistem
- Sijil Teknologi Komputer Rangkaian
- Sijil Teknologi Multimedia Interaktif
- Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan)
- Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri
3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Berumur 16 - 35 Tahun.
- Warganegara Malaysia.
- Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M).
- Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ADTEC JTM Kampus Selandar?
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).
5. Berapa lama tempoh pengajian di ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Teknologi Komputer Sistem - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
- Teknologi Komputer Rangkaian - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
- Teknologi Multimedia Interaktif - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
- Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
- Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar?
7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?
Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.