TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN)

Ketepatan ukuran, keperincian lukisan dan ketelitian perancangan.
Itulah KEUTAMAAN kami
Kursus Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan) ini direka untuk memberikan pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dalam bidang perpaipan yang digunakan dalam industri minyak dan gas. Peserta kursus ini akan mempelajari teknik-teknik lukisan perpaipan yang melibatkan pembacaan pelan dan lukisan teknikal, serta aplikasi peraturan dan piawaian industri yang berkaitan.
Selain itu, kursus ini turut memberi fokus kepada penggunaan perisian terkini seperti AutoCAD, Inventor, dan Plant 3D dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk perpaipan yang tepat dan berkesan. Dengan latihan praktikal menggunakan perisian ini, peserta akan memahami cara untuk mereka bentuk, menggubah, dan mengoptimumkan sistem paip dalam sektor minyak dan gas.
SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia
- Lepasan pelajar tahfiz yang berumur 16 tahun hingga 35 tahun daripada sekolah pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan seumpama dengannya
- Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M)
JANGKA MASA KURSUS
- 15 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) - Tahap 3
PELUANG KERJAYA
Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi CADD Mekanikal (Oil & Gas):
- Industri minyak dan gas
- Pembinaan bangunan industri dan komersial
- Limbungan dan pembinaan kapal
- Pembuatan produk paip dan pemasangan
- Infrastruktur dan paip bawah tanah
- Kerja-kerja awam/kejuruteraan
MODUL PEMBELAJARAN
Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.
SEMESTER 1 | SEMESTER 2 | SEMESTER 3 |
COMPUTER APPLICATION | PIPING ISOMETRIC | PIPING MATERIAL |
FUNDAMENTAL PROCESS PIPING | PIPING SUPPORT | AS-BUILT DRAWING |
COMPUTER AIDED DRAFTING 2D | GENERAL ARRANGEMENT DRAWING | SUPERVISORY 2 |
COMPUTER AIDED DRAFTING 3D | SUPERVISORY 1 | PIPING PROJECT 2 |
PLANT 3D MODELLING | COST ESTIMATION | |
PIPING DESIGN | DRAWING MANAGEMENT | |
NCS CORE ABILITY TAHAP 2 | PIPING PROJECT 1 | |
NCS CORE ABILITY TAHAP 3 | BASIC COMMUNICATION | |
ASAS MATEMATIK | TAHFIZ (TAHRIRI & HARFIAH) | |
PENDIDIKAN ISLAM |