TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)

 

Ingin memasang sendiri komputer  @ membaiki komputer rosak?

Itulah KEPAKARAN kami. 

Kursus Teknologi Komputer (Sistem) bertujuan untuk memberikan pemahaman mendalam mengenai konsep asas dan aplikasi sistem komputer dalam dunia moden. Kursus ini merangkumi komponen utama komputer, perisian dan perkakasan, serta cara sistem komputer digunakan dalam pelbagai industri seperti perniagaan, pendidikan, dan kejuruteraan.

Pelajar yang ditawarkan menyertai kursus ini akan mempelajari bagaimana sistem komputer berfungsi, memahami prinsip operasi sistem pengoperasian (OS), serta mengembangkan kemahiran dalam pengurusan dan penyelenggaraan sistem. 

Dengan mengikuti kursus ini, pelajar akan memperoleh kemahiran asas dan lanjutan yang boleh digunakan untuk meningkatkan kefahaman serta peluang kerjaya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 

SYARAT KEMASUKAN
 Kelayakan

-       Berumur 16 - 35 Tahun

-       Warganegara Malaysia

-       Lepasan Madrasah @ Pondok

JANGKA MASA KURSUS
 Jangka masa kursus

 

-       1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Komputer Sistem:

  1. Juruteknik Komputer
    •    Bertanggungjawab dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan perkakasan serta perisian komputer.
  2. Pentadbir Sistem (System Administrator)
    •    Mengurus, menyelenggara dan memastikan sistem komputer serta rangkaian organisasi berfungsi dengan baik.
  3. Juruteknik Rangkaian (Network Technician)
    •    Mengurus dan membaik pulih sistem rangkaian untuk memastikan sambungan internet dan komunikasi data berjalan lancar.
  4. Pakar Keselamatan Siber (Cyber Security Analyst)
    •    Melindungi sistem dan data daripada ancaman siber seperti penggodaman dan serangan malware.
  5. Jurutera Perisian (Software Engineer)
    •    Membangunkan perisian dan aplikasi untuk pelbagai kegunaan industri.
  6. Penganalisis Sistem (System Analyst)
    •    Menganalisis keperluan teknologi sesebuah organisasi dan mencadangkan penyelesaian sistem yang sesuai.
  7. Sokongan IT (IT Support Specialist)
    •    Memberikan bantuan teknikal kepada pengguna yang menghadapi masalah berkaitan sistem komputer.
  8. Juruteknik Pembaikan Komputer (Computer Repair Technician)
    •    Mendiagnosis dan membaiki perkakasan serta perisian komputer untuk individu atau syarikat.
  9. Pembangun Web (Web Developer)
    •    Membina dan menyelenggara laman web serta sistem dalam talian.
  10. Usahawan IT
    •    Menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang perkhidmatan komputer, rangkaian, atau pembangunan perisian.

MODUL PEMBELAJARAN

Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Verifikasi Pusat Bertauliah yang dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Office Aplication Computer Maintenance Mobile Device Configuration
Computer Assembly Computer Troubleshooting Web Development
Computer Software Installation Server Essential  
Network Fundamental Server Maintenance Asas eNTREPRENEURSHIP
Computer Troubleshooting Computer And Network Security  
Basic electronic Organisational Management NCS (Core Abilities) TAHAP 3
     
Pengajian Islam 1 Tahriri & Harfiah  
Asas Metamatik Basic Communication  
Ko-Kurikulum Ko-Kurikulum  
NCS (Core Abilities) TAHAP 1 NCS (Core Abilities) TAHAP 2