PROGRAM MICRO CREDENTIALS

 

Idea dan Inovasi...

kami PENGHUBUNGNYA.

Selain menumpukan latihan jangka panjang di ADTEC JTM Kampus Selandar, pelbagai usaha telah dijalankan sebagai langkah memperkenalkan bidang kemahiran khusus buat para Huffaz yang mencari peluang dalam pendidikan TVET Tahfiz ini. Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah pelaksanaan kursus jangka pendek di ADTEC JTM Kampus Selandar.

 

PENGENALAN

Antara inisiatif dalam memperkenalkan pendidikan TVET Tahfiz kepada para Huffaz ini, ADTEC Selandar menawarkan program Micro-Credential yang berdurasi selama tiga bulan. Dalam tempoh ini, para peserta akan diberi pendedahan awal dalam bidang kemahiran berpotensi tinggi dalam pekerjaan - SECARA PERCUMA!!! Hanya di ADTEC JTM Kampus Selandar. 

Mewujudkan / melahirkan huffaz generasi teknokrat MADANI.

Membuka peluang kepada pelajar tahfiz yang tamat dan tidak meneruskan pengajian di madrasah mengikuti program TVET di ADTEC JTM Kampus Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada

SYARAT KEMASUKAN
 Kelayakan
  • Berumur 16 - 35 Tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis (3M).
  • Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
TEMPOH PELAKSANAAN

Program Separuh Masa

Kursus berkonsepkan program separuh masa yang berdurasi tiga bulan beserta dengan pengukuhan hafazan semasa. 

{accordion title="BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG DITAWARAN"}

Para peserta program Micro-Credentials akan diberikan pensijilan berdasarkan pembelajaran bahagian modul yang terdapat dalam bidang kemahiran yang berkaitan. 

{accordion title="MANAFAAT PELAJAR TVET TAHFIZ & POTENSI KERJAYA"}

Program Micro-Credentials membuka peluang dan laluan pengembangan ilmu dalam bidang kemahiran yang mana sekiranya para peserta berminat untuk menimba ilmu di ADTEC JTM Kampus Selandar, mereka boleh memohon kursus-kursus yang ditawarkan dan latihan akan dijalankan secara sepenuh masa. 

PELUANG KERJAYA
  • JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
  • JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
  • JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
  • PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN
  • PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER
  • PERSONAL PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
  • PELUKIS CAD LUKISAN KOMPONEN
  • JURUTEKNIK REKABENTUK
  • PEMBUATAN BAHAGIAN MODEL/PROTOTAIP
  • KAWALAN KUALITI PEMBANGUNAN PRODUK
  • PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
  • PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
  • PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)
KELEBIHAN BELAJAR DI ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR

Yuran Pengajian Percuma!!!

  • Fasiliti yang pelbagai ( Dewan kuliah,Makmal komputer,Perpustakaan,Kafe,Kemudahan Riadah)- Percuma!!!
  • Penginapan disediakan ( Kemudahan Asrama- satu bilik 2 orang penghuni ) - Percuma!!!
  • Makan dan minum disediakan ( Dewan Makan dengan sajian 4 kali sehari ) - Percuma!!!
  • Elaun diberikan ( RM 100 bagi pelajar biasa , RM 300 bagi pelajar OKU ) 
  • Kemudahan Internet - Percuma!!!