DASAR PRIVASI


Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) komited untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat pengguna yang melayari laman web ini. Kami memahami kepentingan privasi dan berusaha memastikan maklumat peribadi pengguna dilindungi dengan sebaik mungkin.

Pengumpulan Maklumat Peribadi

ILPS tidak mengumpul sebarang maklumat peribadi pengguna secara automatik semasa anda melayari laman web ini. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memilih untuk menghubungi kami melalui e-mel atau borang dalam talian, maklumat yang anda berikan akan digunakan hanya untuk tujuan komunikasi dan maklum balas berkaitan pertanyaan atau permohonan anda. Segala maklumat yang dikumpulkan tidak akan dikongsi, dijual, atau didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran pengguna, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Laman web ILPS mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang dikendalikan oleh pihak ketiga bagi tujuan rujukan dan kemudahan pengguna. Harus diingat bahawa dasar privasi laman web ini hanya terpakai kepada laman web ILPS sahaja.

Pengguna dinasihatkan agar meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman web yang dilawati, kerana ILPS tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, dasar privasi, atau perlindungan data yang diamalkan oleh mana-mana laman web pihak ketiga. Sebarang interaksi dengan laman web luar adalah atas risiko pengguna sendiri, dan ILPS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi yang mungkin timbul akibat akses kepada laman web tersebut.

Penggunaan Cookies

Laman web ILPS menggunakan cookies bagi tujuan penambahbaikan pengalaman pengguna dan mengumpul maklumat tentang corak pelayaran bagi analisis statistik. Cookies ialah fail kecil yang dihantar oleh pelayan laman web dan disimpan dalam pelayar web pengguna bagi mengenal pasti lawatan yang akan datang.

Walaupun cookies digunakan bagi memudahkan pelayaran dan meningkatkan fungsi laman web, ia tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna secara individu. Cookies ini juga tidak disimpan secara kekal dalam cakera keras komputer anda dan boleh dipadam melalui tetapan pelayar web anda pada bila-bila masa.

Pengguna boleh memilih untuk menyekat atau memadam cookies dengan mengubah tetapan dalam pelayar web masing-masing. Walau bagaimanapun, sekatan terhadap penggunaan cookies mungkin menjejaskan fungsi atau pengalaman pengguna semasa melayari laman web ini.

Keselamatan Maklumat

ILPS mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi melindungi maklumat pengguna daripada akses yang tidak dibenarkan, kehilangan, penyalahgunaan, atau perubahan yang tidak sah. Walaupun kami berusaha untuk memastikan perlindungan data yang tinggi, pengguna dinasihatkan untuk mengambil langkah keselamatan tambahan seperti menggunakan perisian antivirus dan mengemas kini pelayar web secara berkala.

Pindaan Dasar Privasi

ILPS berhak untuk mengemas kini atau meminda dasar privasi ini dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan keperluan operasi dan keperluan undang-undang. Sebarang perubahan terhadap dasar ini akan dikemas kini di laman web ini tanpa notis terlebih dahulu. Oleh itu, pengguna disarankan untuk menyemak dasar privasi ini secara berkala bagi memastikan mereka memahami sebarang perubahan yang dibuat.

Dengan meneruskan penggunaan laman web ini, pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan dasar privasi yang dinyatakan.