KURSUS JANGKA PENDEK (eKJP)

Selain menawarkan program latihan sepenuh masa, ADTEC JTM Kampus Selandar turut menyediakan pelbagai kursus jangka pendek secara separuh masa, sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau menambah nilai profesionalisme mereka.
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun kepada kakitangan awam, pekerja sektor swasta, individu persendirian, serta pelajar dari pelbagai peringkat pendidikan, termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kolej vokasional, sekolah menengah, dan sekolah rendah.
Manfaatkan peluang ini untuk memperkasakan diri dengan kemahiran baharu yang relevan dan berdaya saing!
KAEDAH PELAKSANAAN
📣 KAEDAH PERLAKSANAAN |
Kursus-kursus dijalankan pada hujung minggu dan juga hari bekerja mengikut permintaan peserta. |
🧑🏻🤝🧑🏻 PESERTA |
Terbuka (Pekerja sektor awam/swasta, pelajar sekolah/IPT dan orang awam) |
SYARAT PERMOHONAN
- Pastikan anda merujuk Senarai Kursus Jangka Pendek yang dikeluarkan bagi tahun yang berkenaan atau melalui laman web Institut untuk mengetahui butir-butir kursus sebelum mengisi borang.
- Pemohon yang mengisi borang secara online hanyalah mereka yang benar-benar ingin menjalani kursus jangka pendek.
- Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam borang.
- Sila ambil perhatian bahawa permohonan baru yang dihantar sebelum pengesahan akan membatalkan permohonan tuan/puan yang terdahulu.
CARA PERMOHONAN
- Sila pilih menu Borang Permohonan untuk membuat permohonan kursus jangka pendek.
- Skrin borang akan dipaparkan. Hanya kursus yang masih aktif permohonannya sahaja akan dipaparkan di skrin.
- Klik pada kod kursus yang ingin di mohon. Masukkan no. kad pengenalan untuk semakan permohonan terdahulu.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan sistem akan semak perkara-perkara tersebut.
- Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
- Setelah kesemua maklumat disemak dan telah didapati lengkap, klik butang DAFTAR untuk hantar maklumat.
- Slip jawapan penerimaan permohonan akan dipaparkan kepada pemohon selepas borang dihantar melalui aplikasi eKJP.
- Sekiranya pemohon ingin menyemak sama ada permohonan telah diterima atau sebaliknya, sila pilih menu Semakan Permohonan. Menu semakan ini juga adalah untuk pemohon menyemak tarikh dan masa latihan sebelum sesuatu kursus berlangsung.
- Sekiranya permohonan telah diterima, sila cetak Surat Setuju Terima untuk diserahkan kepada Penyelia Kursus semasa kursus berlangsung.
- Sekiranya terdapat kesalahan atau maklumat tidak diisi, mesej kesalahan akan dipaparkan. Betulkan kesalahan mengikut kesalahan yang dipaparkan.
GALERI GAMBAR eKJP
📸 GALERI GAMBAR eKJP |
Klik sini untuk melihat koleksi gambar sepanjang KURSUS JANGKA PENDEK yang pernah dijalankan di ILP Selandar sepanjang tahun |
HUBUNGI KAMI
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
BAHAGIAN KOMUNITI & KHIDMAT SOKONGAN PEKERJAAN (CESS)
Telefon : 06 - 530 3000