SOALAN LAZIM (FAQ)


1. Adakah ADTEC JTM Kampus Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?

Ya, ADTEC JTM Kampus Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

2. Apakah kursus yang ditawarkan ADTEC JTM Kampus Selandar?

Buat masa ini, terdapat 5 kursus yang ditawarkan, iaitu;

1)    Sijil Teknologi Komputer Sistem

2)    Sijil Teknologi Komputer Rangkaian

3)    Sijil Teknologi Multimedia Interaktif

4)    Sijil Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan)

5)    Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri

3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ADTEC JTM Kampus Selandar?

Kelayakan untuk memasuki ADTEC JTM Kampus Selandar adalah;

1. Berumur 16 - 35 Tahun.

2. Warganegara Malaysia.

3. Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan.

4. Boleh membaca, mengira dan menulis (3M).

5. Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ADTEC JTM Kampus Selandar?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

1) Laman Web ADTEC JTM Kampus Selandar (https://www.ilpselandar.gov.my/index.php/program-tvet-tahfiz/program-tvet-tahfiz/permohonan-online)

1) Laman Web JiMS, JTM (https://jims.jtm.gov.my/)

2) Laman Web UP_TVET (https://mohon.tvet.gov.my)

5. Berapa lama tempoh pengajian di ADTEC JTM Kampus Selandar?

Jangkamasa berkursus di ADTEC JTM Kampus Selandar adalah,

  • Teknologi Komputer Sistem - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
  • Teknologi Komputer Rangkaian - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
  • Teknologi Multimedia Interaktif - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
  • Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
  • Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar?

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?

Lepasan pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

9. Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).