PROGRAM TVET TAHFIZ

Dalam usaha memperkasakan pendidikan kemahiran di Malaysia, pelbagai inisiatif telah diambil dalam menambahbaik kualiti pendidikan yang telah ditawarkan termasuklah inisiatif mempertingkatkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahfiz di Malaysia. Di Malaysia khususnya, bidang ini merupakan suatu inisiatif yang menggabungkan pendidikan agama dengan kemahiran praktikal yang bertujuan melahirkan pelajar yang bukan sahaja menguasai ilmu dalam bidang pengajian al-Qur'an tetapi juga memiliki kemahiran teknikal yang relevan bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta memperkukuhkan peningkatan sahsiah diri.
PENGENALAN
Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) JTM Kampus Selandar @ Ulul Albab telah memperkenalkan pengajian TVET Tahfiz sepenuhnya sebagai langkah menyahut inisiatif kerajaan Malaysia dalam memperkasakan kemahiran. Pengajian ini merangkumi konsep latihan dalam bidang kemahiran digabungkan dengan pengulangan hafalan Al-Quran.
KONSEP TVET TAHFIZ
Asbab melahirkan Huffaz teknokrat yang Madani, konsep TVET tahfiz ini berpotensi menarik perhatian pelbagai pihak kerana konsep pembelajaran yang bukan sahaja mengambilkira pengukuhan hafazan,malah pelajar juga dilatih dalam pelbagai bidang antaranya termasuk bidang kemahiran antaranya reka bentuk grafik, pertanian dan teknologi maklumat.Program latihan yang dijalankan berteraskan konsep 30% teori dan 70% kemahiran mampu memperkukuhkan potensi pelajar dalam mendalami bidang kemahiran yang diminati.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat-syarat kemasukan ke program TVET Tahfiz di ADTEC Selandar adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun - 35 tahun
- Lepasan pusat pengajian agama/madrasah/pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri
- Tahap hafazan sekurang-kurangnya 3 juzuk
- Tidak mengalami kecacatan buta warna
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M)
TEMPOH PELAKSANAAN
Tempoh pengajian adalah berbeza mengikut kursus yang ditawarkan. Para pelajar akan dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 yang diperaku oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia beserta pengukuhan tahap hafazan semasa . Tempoh pengajian berdasarkan kursus seperti berikut :
- Teknologi Komputer Sistem - 15 Bulan
- Teknologi Komputer Rangkaian - 15 Bulan
- Teknologi Komputer Multimedia Interaktif - 27 Bulan
- Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 15 Bulan
- Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) - 15 Bulan
BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG DITAWARAN
Bidang kemahiran yang ditawarkan di ADTEC Selandar meliputi dua bidang utama iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal Pengeluaran. Antara kursus-kursus yang ditawarkan adalah :
- Teknologi Komputer Sistem
- Teknologi Komputer Rangkaian
- Teknologi Komputer Multimedia Interaktif
- Teknologi Rekabentuk Produk Industri
- Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan )
MANAFAAT PELAJAR TVET TAHFIZ & POTENSI KERJAYA
Selain peluang kerjaya yang meluas, para pelajar juga berpeluang mengembangkan ilmu kemahiran dengan peluang pengajian di peringkat diploma lanjutan seterusnya ke peringkat ijazah di pelbagai pengajian yang mengiktiraf kemahiran TVET seluruh Malaysia. Tambahan pula, Sijil Kemahiran Malaysia turut diiktiraf sebagai salah satu komponen syarat kelayakan pekerjaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Kursus-kursus yang ditawarkan juga memenuhi keperluan industri semasa yang mana terdiri daripada kemahiran bekeperluan tinggi (high-demand skills) membolehkan lepasan ADTEC Selandar dipilih sebagai peneraju masa depan sesebuah organisasi yang berkaitan.
PELUANG KERJAYA
Lepasan ADTEC Selandar bebas meneroka dunia pekerjaan, sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 diiktiraf dalam kedua-dua sektor pekerjaan. Pelajar juga boleh memulakan kerjaya mereka dengan meneroka dunia perniagaan berasaskan perkhidmatan dalam bidang kemahiran yang berkaitan.
- JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER
- JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER
- JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR
- PEMBANTU JURUTERA RANGKAIAN
- PENOLONG TEKNIKAL KOMPUTER
- PERSONAL PENYELENGGARAAN RANGKAIAN
- PELUKIS CAD LUKISAN KOMPONEN
- JURUTEKNIK REKABENTUK
- PEMBUATAN BAHAGIAN MODEL/PROTOTAIP
- KAWALAN KUALITI PEMBANGUNAN PRODUK
- PELUKIS PELAN (PERPAIPAN MINYAK & GAS)
- PELUKIS PELAN (STRUKTUR)
- PELUKIS PELAN (PEMBUATAN)
KELEBIHAN BELAJAR DI ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR
Yuran Pengajian Percuma!!!
- Fasiliti yang pelbagai ( Dewan kuliah,Makmal komputer,Perpustakaan,Kafe,Kemudahan Riadah)- Percuma!!!
- Penginapan disediakan ( Kemudahan Asrama- satu bilik 2 orang penghuni ) - Percuma!!!
- Makan dan minum disediakan ( Dewan Makan dengan sajian 4 kali sehari ) - Percuma!!!
- Elaun diberikan ( RM 100 bagi pelajar biasa , RM 300 bagi pelajar OKU )
- Kemudahan Internet - Percuma!!!