RAKAN STRATEGIK
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI
Bagi memastikan kualiti dan pengiktirafan program Latihan TVET Tahfiz, ADTEC JTM Kampus Selandar menjalinkan kerjasama pintar bersama pihak berkuasa agama negeri melalui dokumen kerjasama rasmi. Jaringan strategik ini melibatkan pelbagai Jabatan Agama Islam Negeri termasuk:
MADRASAH TAHFIZ
ADTEC Kampus Selandar memperluaskan jaringan pendidikan Huffaz Teknokrat melalui kerjasama pintar bersama institusi tahfiz swasta. Dengan termeterainya dokumen kerjasama ini, kami komited untuk berkongsi kepakaran dan menyediakan laluan pendidikan kemahiran yang jelas bagi para pelajar tahfiz.
KELULUSAN PENTAULIAHAN
Kualiti program tahfiz kami dijamin melalui Kelulusan Pentauliahan daripada Darul Quran JAKIM. Sebagai pusat bertauliah untuk Program Sijil Hafazan Bertahap (SPHB) bermula Mac 2025 hingga Mac 2028, kami memastikan setiap pelajar dibimbing mengikut sukatan rasmi yang melayakkan mereka menerima pensijilan yang sah dan diiktiraf.


PERSATUAN-PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ
Jaringan strategik kami diperkukuh lagi melalui kerjasama rasmi bersama badan induk yang memayungi institusi tahfiz di Malaysia. Melalui memorandum kerjasama yang dimeterai bersama Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA), Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA), dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), kami memastikan ekosistem pendidikan tahfiz di sini sentiasa relevan dan mendapat sokongan komuniti.