TEKNOLOGI KOMPUTER (MULTIMEDIA INTERAKTIF)

 

Mahukan Pengalaman Multimedia yang Luar Biasa?

Kami CIPTA DUNIA INTERAKTIF...

Pelajar akan dilatih bagi menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian dan peralatan bagi kawalan dan mengedit pelbagai media seperti teks, grafik, bunyi, klip video, dan animasi bagi pembangunan multimedia. Pelajar juga akan dilatih menggunakan peralatan digital seperti Kamera Video, Camcorder, Kamera Digital, DSLR dan sebagainya. Di samping itu, pelajar-pelajar juga didedahkan dengan pelbagai teknik pencahayaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan grafik dan serta klip video yang menarik dan berkualiti.

Pelajar kursus ini akan diajar mereka bentuk persembahan multimedia serta menghasilkan kerja-kerja grafik dan audio video serta laman web. Diantara kemahiran yang akan di dedahkan pada pelajar ialah kaedah menyunting imej, penghasilan audio dan video, asas pengaturcaraan dan skrip multimedia. Disamping itu pelajar juga akan di ajar cara-cara mengimport dan menyalin multimedia fail dari format fail yang berbeza.

 

SYARAT KEMASUKAN
 Kelayakan
  • Berumur 16 hingga 35 tahun

  • Tamat sekolah, madrasah atau pondok

  • Boleh membaca, menulis dan mengira; dan Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/ anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran 

JANGKA MASA KURSUS
 Jangka masa kursus
  • 27 bulan termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)
PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Komputer (Multimedia Interaktif):

  • Pengaturcara Multimedia 
  • Pereka Bentuk Grafik
  • Pereka Bentuk Multimedia
  • Pereka Bentuk Web
  • Penyunting audio video
MODUL PEMBELAJARAN
  • Multimedia Foundation
  • 2D Animation
  • Image Editing
  • Drawing Fundamental
  • Animation Fundamental
  • Office Aplication
  • Video & Audio Editing
  • Product Packaging
  • Product Testing
  • Multimedia Authoring
  • Web Design
  • Web Development
  • 3D Modelling & Animation
  • Product Evaluation & Organization
  • Multimedia Project
SEKTOR INDUSTRI BERKAITAN
  • Pendidikan Dan Latihan
  • Penerbitan Perisian
  • Motion Picture
  • Industri pembangunan video
  • Industri Komunikasi
  • Agensi Pengiklanan
  • Firma Reka Bentuk
  • Syarikat Multimedia