06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

KENALI ILP SELANDAR


 

PENGENALAN ILP SELANDAR

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia(JTM), Kementerian Sumber Manusia(KSM).

ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 600 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 76 orang staf.

ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia Negara maju menjelang tahun 2020.

Sejurus dengan itu, ILP Selandar menumpukan latihan kemahiran di dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web), CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

 

PANDUAN KEMASUKAN

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).

Jom sertai kami, Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS) kini membuka permohonan bagi pelajar baru. Pelajar yang berminat untuk mendaftar, anda boleh membuat permohonan melalui e-Permohonan atas talian dengan klik pada pautan di bawah;

              

 

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Perindustrian Selandar

Lot 1468, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka.

Telefon   : 06 - 530 3000

Faksimili : 06 - 530 3001

 LOKASI ILP SELANDAR 

 


Soalan lazim

1. Adakah ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?

Ya, ILP Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia dimana terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

2. Apakah kursus yang ditawarkan ILP Selandar?

Buat masa ini, terdapat 3 kursus yang ditawarkan, iaitu;

1)    Sijil Teknologi Komputer (Sistem)

2)    Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian)

3)    Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web)

4)    Sijil CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan)

5)    Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri

3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ILP Selandar?

Kelayakan untuk memasuki ILP Selandar adalah;

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ILP Selandar?

Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.

Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online). Klik sini untuk maklumat lanjut

5. Berapa lama tempoh pengajian di ILP Selandar?

Jangkamasa berkursus di ILP Selandar adalah 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan),

KECUALI Kursus Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) yang memakan masa 2 tahun 3 bulan (27 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ILP Selandar?

Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).

7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ILP Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?

Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) iaitu sebuah agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak

8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?

Lepasan pelajar ILP Selandar boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan dan MARA. Antara institut di bawah JTM ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC). Institut berkenaan menawarkan latihan hingga ke peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.

 

Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.

9. Bagaimanakah peluang pekerjaan saya di sektor awam?

Pelajar  boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).